Usaha mencari dan menyelamat (SAR) empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dikhuatiri lemas sejak Jumaat diteruskan dengan membina satu lagi pos kawalan hadapan di muara Kuala Dungun.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azman Alias berkata, langkah tersebut dilaksanakan bagi melancarkan lagi operasi susulan kehilangan pelajar-pelajar itu di Pantai Teluk Bidara.
Menurutnya, penubuhan pos kawalan itu juga berikutan pihaknya mengalami masalah komunikasi di pos kawalan utama di pesisiran Pantai Teluk Bidara.
βIni bagi memudahkan kita yang mengalami beberapa kesukaran dari segi komunikasi dan perhubungan, kerana kawasan pencarian ini didapati mengalami masalah gangguan komunikasi dari pihak Safura.
"Kawasan ini terlindung daripada βblind spotβ jadi kita telah mengatasi dengan pihak Sapura bagi mengatasi masalah dan operasi kita masih diteruskan,β katanya.
Beliau berkata jarak pos kawalan itu juga melebihi 10 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Jelasnya, lokasi itu juga berhampiran dengan tempat tumpuan pencarian sehingga ke Pantai Teluk Gadung.
Pada Jumaat, kegembiraan enam pelajar PSMZA bertukar tragedi selepas empat daripada mereka dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Jumaat, mangsa Mohamad Zul Fahmi Zuki, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, Mohammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, kesemuanya berusia 21 tahun, dikhuatiri lemas selepas dipukul ombak besar.
Astro Awani
Sat Jan 18 2020

Pos kawalan baharu itu dibina berhampiran lokasi tumpuan pencarian. - Astro AWANI

Ikan masin penambat selera bersahur
Makanan kering dan masin menjadi pilihan untuk juadah bersahur bagi sebilangan besar daripada kita.

Diskaun 50 peratus saman dilanjut hingga Khamis ini
PDRM melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus menerusi aplikasi MyBayar Saman.

Keputusan VAR batalkan gol Cavani memang tidak adil, kata McTominay
Cavani sepatutnya meletakkan skuad The Red Devils itu di depan pada minit ke-33 tetapi jaringannya dibatalkan selepas lengan McTominay didapati terkena muka Son Heung-min.

Kabotaj | Bukan faktor tidak terlibat Projek Kabel Dasar Laut
Penarikan pengecualian kabotaj bukan sebab utama Facebook dan Google tidak libatkan Malaysia dalam projek kabel internet bawah laut. Kata Pengerusi MASA, Datuk Abdul Hak Md Amin banyak faktor dipertimbangkan syarikat gergasi teknologi itu sebelum membuat pelaburan di sesebuah negara. Antaranya, faktor geopolitik dan lokasi.

Kabel dasar laut: Malaysia banyak kepakaran yang tidak diberi peluang
Malaysia ada sumber tenaga yang mempunyai kepakaran membaiki dan memasang kabel dasar laut. Malah jelas Pengerusi MASA, keputusan untuk tidak menggunakan khidmat syarikat asing akan membuka lebih banyak peluang kepada kepakaran tempatan.

Warga Myanmar maut kemalangan MPV, treler di Lebuhraya PLUS
Kyauk Khae, 42 tahun, yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jari kanak-kanak putus selepas digigit monyet di zoo
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun berdepan detik cemas selepas jarinya terputus ketika mengunjungi sebuah zoo di Portugal.

Putera Harry tiba di UK untuk majlis pengebumian Putera Philip
Putera Harry tiba di United Kingdon pada Ahad bagi menziarahi serta menyertai majlis pengebumian datuknya Putera Philip.

Kemalangan | Dua maut, treler terbalik di Bentong
Pemandu dan kelindan maut selepas treler yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan setelah hilang kawalan sebelum terbalik di kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, Ahad malam. Dalam kejadian jam 9.10 malam, pemandu dan kelindan masing-masing berusia 44 dan 63 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

AWANI Ringkas: Alvin Goh, adik ke mahkamah | Prestasi Ringgit minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Cerul
Mangsa Muhamad al Hadi Samsuri, 13, telah pergi ke sungai berkenaan bersama abangnya kira-kira jam 3 petang Rabu.

Pelajar politeknik lemas: Mayat pertama ditemui
Mangsa, Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21 tahun, ditemui terdampar jam 7.30 pagi, di Pantai Teluk Lipat, kira-kira lapan kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

SAR pelajar politeknik lemas: Pos kawalan baharu dibuka di muara Kuala Dungun
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata langkah tersebut dilaksanakan bagi melancarkan lagi operasi tersebut.

JBPM Terengganu siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi, hujan lebat yang bermula dari Ahad sehingga Rabu ini dijangka akan menyebabkan beberapa kawasan berisiko dinaiki air dengan cepat.

Ada mangsa banjir degil, enggan berpindah - Bomba
Pihak bomba tidak akan berputus asa meskipun pasangan itu enggan bekerjasama dan akan mengambil tindakan lebih tegas jika air yang kini berada pada paras pinggang terus meningkat.