awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin berdepan cabaran ombak besar, hujan

Aida Aziz
Aida Aziz
25/09/2023
03:30 MYT
SAR remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin berdepan cabaran ombak besar, hujan
Operasi pencarian dipecahkan kepada beberapa sektor yang merangkumi sehingga 7.4 kilometer (km). - Foto JBPM Perak
LUMUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli,19, yang hilang ketika mandi laut di Teluk Senangin di sini berdepan cabaran susulan ombak besar dan hujan berterusan hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi pencarian dipecahkan kepada beberapa sektor yang merangkumi sehingga 7.4 kilometer (km).
"Operasi hari ini sedikit mencabar kerana ombak agak besar dan hujan masih berterusan di kawasan operasi.
"Kawasan pencarian dipecahkan kepada bomba dengan 1 hingga 2 nautika bermula dari Tanjung Hantu hingga dalam kawasan pantai.
"Angkatan Pertahanan Awam (APM) merangkumi bawah 1 nautika bermula dari Tanjung Hantu hingga dalam kawasan pantai.
"Maritim dengan 2 batu nautika ke atas dan Polis Marin dengan 3 batu nautika ke atas sebelah kiri bermula dari kawasan benteng," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, kekuatan pasukan SAR hari ini ialah 34 orang iaitu JBPM (14), Polis Diraja Malaysia (6), APM (7) dan Maritim (7).
Kekuatan aset bot pula membabitkan JBPM (2), APM (1), Maritim (1) dan Polis Marin (1).
Operasi yang masih diteruskan itu diketuai oleh Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd Akmal Hussin.
Terdahulu media melaporkan, remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Senangin pagi semalam dikatakan ditarik ombak ketika mandi laut bersama-sama enam orang sepupunya.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#SAR
#remaja
#lemas
#teluk senangin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan