IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Senangin, Lumut ditangguhkan hari ini dan akan disambung esok.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata operasi mencari Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, yang bermula 10.45 pagi ditangguhkan pada 6.30 petang tadi.
"Pencarian awal dilakukan di kawasan pesisir pantai dan kemudian kita (pasukan SAR) memasang pukat sepanjang 100 meter di kawasan mangsa jatuh bagi memudahkan usaha mengesan mangsa.
"Pasukan SAR turut menggunakan kaedah pencarian di permukaan menggunakan bot selain penggunaan dron di kawasan pesisir pantai terbabit dan kita turut kekalkan pos kawalan bomba untuk membuat pemantauan pesisir pantai pada waktu malam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.58 pagi tadi berhubung kehilangan Muhammad Fahmi Hafizi.
Sabarodzi berkata operasi menyelamat pada sebelah petang tadi turut dilakukan mengikut sektor sejauh satu batu nautika bagi setiap sektor kawasan yang dibuka.
"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pencarian di bahagian benteng, sektor tengah melibatkan Pasukan Polis Marin manakala bahagian teluk oleh bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Sabarodzi berkata operasi menyelamat pada sebelah petang tadi turut dilakukan mengikut sektor sejauh satu batu nautika bagi setiap sektor kawasan yang dibuka. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kes SRC: Najib mohon lepas tanpa bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Digital ID: Kerajaan pastikan perlindungan data peribadi, keselamatan siber sentiasa terkawal
Pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID akan memastikan perlindungan data peribadi dan keselamatan siber sentiasa terkawal selain memudah cara perkhidmatan awam dan swasta.

Hujan berterusan di Terengganu, beberapa kawasan di Kelantan, Pahang hingga Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang mulai hari ini hingga Ahad. Menurut

Lima kampung di Johor dilanda banjir, 538 orang dipindahkan
Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di daerah ini dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.

Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Rosak kereta di Stadium MBPJ, tujuh lelaki didenda RM2,000
Tujuh lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana berhimpun secara salah dan merosakkan sebuah kereta di parkir Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.
Bila internet laju, hiburan lagi padu!
Dah ada Astro kan? Berita baik untuk pelanggan Astro. Dapatkan Astro Fibre kelajuan 500MMbps hanya RM90 je sebulan! Lagi best, harga tu tetap selama 24 bulan tau!
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Kalau berminat, jom WhatsApp "HI" ke 03 9543 3838 atau layari https://astro.com.my/fibre
#AstroFibre #WiFiKencang
Pecutan akhir kempen PRK Kemaman
Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali memberi pandangan mengenai pecutan terakhir kempen Pilihan Raya Kemaman.

SAR remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin disambung esok
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Senangin, Lumut ditangguhkan hari ini dan akan disambung esok.

Ada kemungkinan empat lagi kru masih berada di dalam kapal karam - APMM
APMM tidak menolak kemungkinan empat lagi kru kapal MV Tung Sung yang terbalik di perairan Sebuyau, Sarawak masih berada di dalam kapal berkenaan.

Kapal kargo terbalik, empat kru warga Malaysia antara sembilan yang hilang
Kapal yang didaftarkan dengan nama Tung Sung itu dilaporkan karam tengah hari tadi, dengan panggilan kecemasan melalui aplikasi Whatsapp diterima sekitar jam 2.08 petang

APMM tahan 21 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
Bot itu ditahan kira-kira 160 batu nautika dari muara Tok Bali oleh Kapal Maritim (KM) Amanah yang sedang melaksanakan rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut di perairan Pantai Timur.

Zulinda Ramli wanita pertama dilantik sebagai Laksamana Pertama Maritim
Pelantikan Zulinda Ramly sebagai Laksamana Pertama Maritim menjadi sejarah buat badan penguatkuasaan itu apabila beliau menjadi wanita pertama yang dilantik memegang jawatan itu.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Kepulauan Sembilan
Satu mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di sekitar perairan Kepulauan Sembilan di Lumut, sekitar jam 3.35 petang semalam.

Salahuddin sertai sesi pemantauan sempadan Malaysia-Thailand
Lawatan sempada itu diadakan bersama rakan strategi penguatkuasaan, Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan.

APMM Tawau ingatkan pengguna pengangkutan laut guna jaket keselamatan
APMM Zon Maritim Tawau mengingatkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan laut agar tidak alpa terhadap penggunaan jaket keselamatan ketika berada dalam bot atau perahu.

APMM jumpa 100 butir peluru meriam aktif dalam kapal pengangkut dari China
APMM menemukan kira-kira 100 butir peluru meriam kapal perang dunia kedua dipercayai masih aktif dalam kapal pengangkut dari China, yang ditahan pada Ahad lepas.

APMM selamatkan pemancing warga British terkandas di Pulau Lalang
Mangsa dikenali sebagai Russel Walter Boyd, 40, dan tinggal di Bangsar, Kuala Lumpur ditemukan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan selepas terkandas kira-kira tiga jam.