awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'

Bernama
Bernama
05/05/2024
09:42 MYT
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang ketika kunjungan Aidilfitri di kediaman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (kiri), hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Sarawak akan berunding dengan Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai anggota Komanwel, istilah berkenaan juga perlu bertepatan dengan perundangan yang diamalkan di negara pertubuhan itu.
"Kita juga mahu dapatkan maklum balas daripada orang ramai bagaimana trend istilah yang perlu dipakai jadi kita akan sesuaikan mengikut undang-undang terutamanya di negara Komanwel.
"Di negara Komanwel ada menggunakan 'provincial legislature', contohnya di Kanada (anggota Komanwel) sebut 'provincial parliament' juga... Kita (Sarawak) tak dapat pakai term 'wilayah' kalau tidak, kita macam Wilayah Persekutuan," katanya.
Abang Johari berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di sini, hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa negeri diwakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali akan mengadakan perbincangan bersama Ahmad Terrirudin bagi hal berkenaan.
Semalam Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak.
Beliau berkata secara peribadi beliau percaya selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah wilayah dan bukan satu daripada 13 negeri, maka perkataan itu harus digugurkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Peguam Negara
#istilah negeri
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan