awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak alu-alukan bantuan saintis dalam pembentukan dasar - Abang Johari

Bernama
Bernama
16/10/2024
20:00 MYT
Sarawak alu-alukan bantuan saintis dalam pembentukan dasar - Abang Johari
Abang Johari menerima cenderamata daripada Pengerusi Tropical Science Foundation Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali pada majlis sempena Persidangan Antarabangsa Sains Tropika 2024 malam tadi. --fotoBERNAMA
KUCHING: Sarawak sentiasa mengalu-alukan saintis yang ingin membantu kerajaan negeri untuk mengambil pendekatan baharu dalam menggubal dasar pemeliharaan alam sekitar yang dinikmati oleh rakyat selama ini.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg berkata kerajaan negeri kini memberi penekanan dalam mencari jalan untuk memanfaatkan kekuatan dimiliki terutamanya dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.
Berucap pada majlis makan malam sempena Persidangan Antarabangsa Sains Tropika Kedua (TropSc) 2024 di sini malam tadi, Abang Johari berkata selepas pandemik COVID-19, kerajaan negeri telah menetapkan dasar ekonomi berdasarkan tiga teras iaitu kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.
"Ketiga-tiga teras ini adalah asas kepada dasar yang dirangka oleh kerajaan negeri untuk membangunkan Sarawak," katanya.
Menurutnya, tiga teras ini mendorong beliau untuk memperkenalkan dasar melibatkan pengurangan pelepasan karbon, menggalakkan bahan api mesra alam serta memberi penekanan terhadap pendidikan sains kepada rakyat negeri itu.
Abang Johari berharap persidangan selama dua hari itu dapat memberikan input yang akan memudahkan Sarawak untuk mencapai dasar kelestarian alam sekitar serta mencari penyelesaian bagi menangani isu-isu persekitaran global semasa.
"Saya berharap persidangan ini akan memberikan kami gambaran tentang apa perlu dilakukan dan bagaimana untuk meneroka aset di kawasan tropika supaya anda dapat menyumbang bagi mengurangkan isu dihadapi dunia hari ini," katanya.
TropSc 2024 yang bermula semalam adalah anjuran bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan sokongan kerajaan negeri, adalah respons terhadap isu kritikal di kawasan tropika seperti perubahan iklim, kemerosotan biodiversiti, penebangan hutan dan kehilangan habitat.
Isu-isu ini dibincangkan bersama ahli panel tempatan dan antarabangsa, mengikut empat landasan iaitu pertanian tropika, seni bina dan kejuruteraan tropika, perubatan tropika dan sumber semua jadi tropika.
Kira-kira 300 peserta daripada 20 negara menghadiri persidangan itu termasuk United Kingdom, Singapura, Thailand, Australia, Colombia, Mexico, Brazil dan Timor Leste.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#perubahan iklim
#Abang Johari Tun Openg
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan