Sarawak alu-alukan kerjasama sektor korporat dalam pendidikan - Abang Jo

Abang Johari bergambar bersama para penyumbang pada majlis 'No Kid Left Behind' anjuran Hornbill Foundation di sebuah hotel di Kuching, 14 Nov 2025. --fotoBERNAMA
KUCHING: Sarawak mengalu-alukan penglibatan sektor korporat, khususnya mereka daripada industri perbankan dan pendidikan untuk bekerjasama dalam memperkukuh sistem pendidikan negeri itu.
Ringkasan AI
- Sarawak mengalu-alukan penglibatan sektor korporat, terutamanya dari industri perbankan dan pendidikan, untuk memperkukuh sistem pendidikan negeri.
- Premier Sarawak menekankan bahawa tanggungjawab sosial korporat perlu lebih strategik dan mampan serta memainkan peranan dalam matlamat jangka panjang negeri.
- Sarawak sedang mempersiapkan rakyatnya untuk pekerjaan masa depan dalam bidang tenaga boleh baharu, perkhidmatan digital, kecerdasan buatan, dan teknologi hijau dengan menekankan pentingnya pendidikan sebagai pelaburan strategik.
"Kerajaan boleh menyediakan hala tuju dasar dan infrastruktur tetapi kita perlukan sektor swasta, bank, universiti dan komuniti tempatan untuk memainkan peranan aktif mereka
"Pembangunan paling berkesan apabila semua pihak menyumbang mengikut kekuatan dan kepakaran masing-masing," katanya ketika berucap pada majlis 'No Kid Left Behind' oleh Hornbill Foundation di sini semalam.
Sementara itu, Abang Johari berkata seiring usaha berterusan untuk memodenkan Sarawak, negeri itu sedang mempersiapkan rakyatnya untuk pekerjaan masa depan iaitu dalam tenaga boleh baharu, perkhidmatan digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau.
Beliau berkata bagi merebut peluang tersebut, golongan muda Sarawak mesti dilengkapi dengan kemahiran teknikal, kreativiti dan kesedaran global.
"Kita mesti melihat pendidikan bukan sahaja sebagai tanggungjawab sosial tetapi juga pelaburan strategik. Pengetahuan dan kemahiran yang kita semai hari ini akan menentukan daya saing Sarawak pada masa depan. Sebab itu saya sering berkata, apabila kita mendidik seorang anak, kita bukan hanya mengubah satu kehidupan tetapi kita sedang membina Sarawak yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


