KUCHING :Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi penekanan dalam penguasaan kecerdasan buatan atau Artificial intelligence (AI) dalam kalangan rakyatnya.
Jelasnya Sarawak perlu bergerak pantas bagi meningkatkan keupayaan menguasai teknologi digital yang dilihat amat relevan dalam konteks masyarakat kini.
Ini kerana Sarawak amat kaya dengan sumber data biodiversiti yang nyata mempunyai potensi untuk dibangunkan, seterusnya menyumbang kepada sumber pendapatan negeri.
“Dalam perspektif Sarawak, kita mempunyai banyak data geologi. Kita mempunyai banyak data semula jadi, tetapi kita kekurangan cara memproses data.
“Dan proses ini adalah berdasarkan teknologi digital iaitu kecerdasan buatan (AI). Dengan kata lain anda harus menggunakan AI agar dapat menganalisis data dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi kita,” katanya ketika berucap pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2020
Tambahnya lagi kerajaan negeri akan bekerja keras dalam pelbagai aspek demi melahirkan generasi professional dan cekap menerusi program pembangunan teknologi negeri itu.
Salah satu daripada caranya adalah dengan membuka pintu kepada pakar dari negara luar.
Dengan cara tersebut ruang yang ada dapat dimanfaatkan dengan menyalurkan data sedia ada ke saluran yang tepat seperti yang dilakukan oleh negara lain.
Beliau mengambil contoh Singapura yang kini giat membangunkan teknologi digital mereka.
“AI dilihat mudah alih, tetapi ia memerlukan seseorang untuk memahaminya.
“Pada tahap ini, pendidikan memainkan peranan penting. Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa bahasa teknologi adalah bahasa antarabangsa, iaitu Bahasa Inggeris,” katanya.
Persidangan IDECS 2020 dengan tema ‘Data and Innovation Accelerating Social and Economic Prosperity’ dianjurkan secara maya dengan penglibatan pelbagai pihak dari seluruh dunia.
Astro Awani
Thu Oct 08 2020
Persidangan IDECS 2020 dengan tema Data and Innovation Accelerating Social and Economic Prosperity kali ini dianjurkan secara maya dengan penglibatan pelbagai pihak dari seluruh dunia. -Gambar Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sarawak beri penekanan penguasaan kecerdasan buatan (AI)
Kekayaan data biodiversiti Sarawak mempunyai masa depan yang cerah untuk dibangunkan menerusi kaedah AI.
IDECS 2020 bukti kesungguhan Sarawak dalam membangun ekonomi digital
Perbincangan mengenai pelan strategik yang dilaksanakan penting dalam menggerakkan ekonomi rakyat di setiap pelusuk negeri itu.
IDECS 2020 bincang pacu ekonomi digital Sarawak
Ia membolehkan Sarawak melangkah dalam sektor ekonomi dengan menerokai bidang baharu yang mempunyai potensi besar dalam pembangunan digital.