awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak bincang projek pusat kanser dalam mesyuarat MA63 Isnin ini

Bernama
Bernama
09/08/2025
09:25 MYT
Sarawak bincang projek pusat kanser dalam mesyuarat MA63 Isnin ini
Dr Sim Kui Hian ketika majlis pelancaran Pusat Penyebaran Maklumat Nasional Batu Kawah (NADI) di sini hari ini. - Gambar/ Japen
KUCHING: Projek cadangan Pusat Kanser Sarawak akan menjadi antara agenda utama dalam mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan diadakan, Isnin ini.

Ringkasan AI
  • Projek Pusat Kanser Sarawak akan dibincangkan dalam mesyuarat MA63, dengan pembinaan hospital dimuktamadkan di bawah JKR Malaysia dan persiapan berjalan lancar.
  • Penilaian keperluan pengguna akhir seperti profesional kesihatan turut diambil kira dalam perancangan pembinaan hospital di Bahagian Samarahan.
  • Kerajaan Sarawak menjadi negeri pertama membiayai projek Persekutuan terlebih dahulu bagi mempercepatkan pelaksanaan, selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata persiapan untuk pusat tersebut sedang giat dijalankan dan koordinasi dengan pihak berkepentingan utama berjalan lancar.
"Kami telah memuktamadkan bahawa pembinaan hospital akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan bukannya JKR Sarawak.
"Semalam, saya juga mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, dan mereka memaklumkan bahawa segala persiapan telah dimuktamadkan. Apabila membina hospital, kita perlu juga mendapatkan pandangan pengguna akhir, iaitu para profesional kesihatan, mengenai keperluan mereka," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Penyebaran Maklumat Nasional Batu Kawah (NADI) di sini hari ini.
Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata beliau bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan menghadiri mesyuarat tersebut di Kuala Lumpur.
Pada 30 Mac tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan Persekutuan telah bersetuju membina Pusat Kanser Sarawak di Bahagian Samarahan.
Menurut Anwar, melalui projek tersebut, kerajaan Sarawak mencipta sejarah sebagai kerajaan negeri pertama membiayai projek Persekutuan terlebih dahulu untuk mempercepatkan pelaksanaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Kanser Sarawak
#MA63
#Anwar Ibrahim
#sim kui hian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan