KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 10 kes positif COVID-19 di negeri itu.

Dengan perkembangan itu jumlah kes positif COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 856 kes setakat ini.

Menurut pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, empat kes yang dikesan melibatkan Kluster Greenhill.

“Kes terbaharu melibatkan dua kontak rapat kepada kes ke-818 yang berumur 2 dan 58 tahun manakala dua kes lagi merupakan kontak sosial kepada kes dalam kluster ini yang berumur 20 dan 26 tahun.

“Kesemua kes menjalani ujian saringan di fasiliti kesihatan kerajaan pada 27 Oktober 2020 dan keputusan ujian pada 28 Oktober 2020 mendapati kes-kes ini adalah adalah positif COVID-19," kata Uggah.

Tambahnya kesemua kes berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

BACA: Peningkatan kes positif COVID-19 di Green Hill membimbangkan - Uggah

BACA: COVID-19: Virus dari Kluster Greenhill mudah berjangkit - Dr Sim Kui Hian



Selain itu Kluster Baki juga mencatatkan pertambahan tiga kes baharu melibatkan ahli keluarga kepada kes 768 dan 775 berusia 12 hingga 20 tahun.

Manakala tiga kes lagi melibatkan satu kes dikesan menerusi aktiviti pengesanan aktif di Galacity, Kuching dan dua kes merupakan jangkitan luar negara dari Kalimantan Barat, Indonesia.

“Kedua-dua kes ini masuk melalui kebenaran di bawah pendekatan pelancongan perubatan (medical tourism) melibatkan pesakit dan pengiring yang mendapat kebenaran masuk untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuching.

“Mereka masuk ke Sarawak pada 21 Oktober 2020 dan disahkan positif pada 28 Oktober 2020 selepas menjalankan ujian saringan kali kedua,” tambah Uggah.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

Uggah turut memaklumkan ima kluster masih aktif iaitu Kluster Bah Arnab, Kluster Baki, Kluster Greenhill, Kluster Seladah dan Kluster Putra.