awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak: Kluster Syarikat Pembinaan Kuching diisytihar tamat, satu kes positif dilapor di Miri

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
22/08/2020
10:35 MYT
Sarawak: Kluster Syarikat Pembinaan Kuching diisytihar tamat, satu kes positif dilapor di Miri
Secara keseluruhannya, kluster ini mula dikesan pada 25 Julai 2020 melibatkan dua warga tempatan yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Kuching. FOTO: Astro AWANI
Kluster Syarikat Pembinaan Kuching diisytiharkan tamat hari ini.
Menerusi kenyataan media oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Sabtu, kluster ini disahkan tamat selepas tidak mencatatkan kes positif terbaharu dalam tempoh 28 hari daripada tarikh kes terakhir dilaporkan.
Secara keseluruhannya, kluster ini mula dikesan pada 25 Julai 2020 melibatkan dua warga tempatan yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Kuching.
“Kes pertama kluster ini merupakan kes ke-578 yang disahkan positif pada 12 Julai 2020 selepas menjalani pemeriksaan kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta di Kuching sehari sebelumnya.
“Susulan kes ini, kes kedua melibatkan kes ke-649 dikesan hasil daripada saringan kontak rapat melibatkan 90 warga tempatan dan satu warga asing,” tambah kenyataan sama.
Kedua-dua kes ini seterusnya menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kes ke-649 dilaporkan pulih dan discaj pada 5 Ogos 2020.
Untuk itu, Sarawak setakat ini merekodkan enam kluster COVID-19 yang kekal aktif melibatkan 57 kes.
Sementara itu, Sarawak hari ini merekodkan pertambahan satu kes positif di Miri melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun yang baru tiba dari Amsterdam, Belanda.
Pertambahan satu kes ini menyaksikan jumlah kes positif di negeri itu meningkat kepada 688 kes setakat ini.
“Kes ini disahkan positif pada 21 Ogos 2020 selepas didapati negatif dalam dua ujian saringan yang dijalankan di Amsterdam dan Kuala Lumpur,” ujar kenyataan sama.
Kes telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Miri pada hari sama untuk rawatan lanjut.
Justeru, pengesanan kontak kepada kes ini dan siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini dikategorikan sebagai kes import luar negara.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#COVID-19
#kes import
#Kluster Syarikat Pembinaan
#kluster tamat
#Kuching
#Miri
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan