awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak lakar sejarah bina stesen pengisian bersepadu 3 dalam 1

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2020
03:09 MYT
Sarawak lakar sejarah bina stesen pengisian bersepadu 3 dalam 1
Ilustrasi grafik reka bantuk stesen pengisian bersepadu 3 dalam 1 milik PETROS yang meliputi bahan bakar konvensional, hidrogen dan pengecasan elektrik. - Foto PETROS
KUCHING:Sarawak mara setapak lagi dalam merealisasikan hasrat menjadi kuasa pengeluar bahan api hidrogen. Ini dibuktikan dengan pembinaan stesen pengisian bersepadu 3 dalam 1 yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Stesen pengisian bersepadu ini meliputi bahan bakar konvensional, hidrogen dan pengecasan elektrik.
Bertempat di Darul Hana, di sini, majlis pecah tanah disempurnakan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga 'Arkitek Pemodenan Sarawak'.
“Stesen pengisian bersepadu ini akan membekalkan tiga komponen utama iaitu minyak petrol dan diesel, hidrogen yang berasaskan air dan terakhir, bateri (pengecasan elektrik),” kata Abang Johari dalam ucapan perasmiannya.
Abang Johari juga memaklumkan beliau telah meminta kerajaan Persekutuan, agar tidak melaksanakan dahulu cukai terhadap kereta yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar, bagi menggalakkan pengguna mencuba teknologi baru itu.
"Kita di Sarawak minta dengan kerajaan pusat menerusi Menteri Kewangan.
"Jika ada kereta yang guna hidrogen, jangan dikenakan cukai dahulu kerana ia sesuatu yang baharu di dunia," ujarnya.
Menerusi kerjasama Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy, enam lagi stesen akan dibina masing-masing satu di Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan dua di Kuching.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Petros
#Abang Johari
#Darul Hana
#Kuching
#Miri
#Bintulu
#Sibu
#Ketua Menteri
#kereta
#Malaysia
#diesel
#petrol
#ekonomi
#cukai
#minyak
#kerajaan
#menteri
#hidrogen
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan