awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak mahu wakil dalam Majlis Tenaga Negara - Abang Johari

Bernama
Bernama
23/09/2023
10:47 MYT
Sarawak mahu wakil dalam Majlis Tenaga Negara - Abang Johari
Abang Johari (tiga, kanan) menyanyikan lagu parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama para perwakilan pada perasmian Konvensyen Khas PBB. -Bernama
KUCHING: Sarawak telah menyampaikan hasrat meminta Kerajaan Persekutuan melantik wakil negeri itu menganggotai Majlis Tenaga Negara yang seiringan dengan dasar Sarawak mengutamakan tenaga hijau.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau telah menyampaikan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Mesyuarat Kabinet di Kuching pada 16 Sept lepas.
"Anwar juga telah bawa perkara ini kepada Menteri Ekonomi (Rafizi Ramli). Sarawak mempunyai teknologi serta cara kita sendiri untuk mengurangkan karbon.
"Kita juga buat masa ini mengeluarkan tenaga boleh baharu seperti tenaga hidro, solar, angin dan hidrogen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching di sini, hari ini.
Pada 29 Ogos lepas, Rafizi menyatakan bahawa kerajaan bercadang mengadakan mesyuarat pertama Majlis Tenaga Negara seawal bulan depan.
Beliau berkata Majlis Tenaga Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri dan Kementerian Ekonomi berperanan sebagai sekretariat, akan menetapkan hala tuju dan dasar strategik peringkat tinggi yang membolehkan jawatan kuasa kerja untuk menyelaras serta melaporkan kemajuan mengikut peringkat.
Penubuhan majlis itu juga sebagai salah satu langkah dalam memastikan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dapat dilaksanakan secara efektif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Anwar Ibrahim
#Majlis Tenaga Negara
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan