KUCHING: Mahkamah Sarawak kini memiliki garis panduan yang komprehensif dalam menjatuhkan hukuman bagi kes jenayah membabitkan hidupan liar dengan pelancaran in Sarawak pada Khamis.
Dokumen itu dilancarkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim di Kompleks Mahkamah Kuching di sini.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata para hakim di Sarawak kini memiliki dokumen yang menekankan faktor tertentu untuk dipertimbang sebelum mereka menjatuhkan hukuman bagi kesalahan jenayah membabitkan hidupan liar.
"(Dengan garis panduan ini) kami berupaya memahami (isu tertentu) dengan lebih mendalam dan mempertimbang faktor yang betul (sebelum menjatuhkan hukuman)," katanya.
Abang Iskandar berkata setiap kes adalah berbeza namun dengan garis panduan itu, hukuman bagi kesalahan yang serupa tidak akan 'terlalu berbeza.'
"Sudah tentu tidak ada hukuman yang sama bagi dua kesalahan berasingan dan tidak ada kesalahan serupa yang dilakukan kerana pasti akan terdapat sedikit perbezaan.
"Bagaimanapun, apa yang kita bimbangkan ialah kita tidak mahu ada perbezaan yang begitu ketara apabila mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan hampir sama," katanya.
Sentencing Guidelines for Wildlife Crimes in Sarawak adalah inisiatif Mahkamah Tinggi Sarawak melalui Kumpulan Kerja Alam Sekitar Mahkamah Sarawak (SWGE) yang bermula pada 2020 dengan sokongan teknikal daripada WWF-Malaysia.
Beberapa rundingan untuk menyemak garis panduan itu telah diadakan pada 2022 membabitkan badan kehakiman, agensi penguatkuasaan undang-undang hidupan liar dan badan bukan kerajaan yang memperjuang isu alam sekitar.
Garis panduan itu dijangka membantu para hakim di Sarawak menjatuhkan hukuman yang adil dan konsisten selain sepadan dengan sifat jenayah bagi kesalahan membabitkan hidupan liar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Mahkamah Sarawak kini memiliki garis panduan yang komprehensif dalam menjatuhkan hukuman bagi kes jenayah membabitkan hidupan liar dengan pelancaran in Sarawak pada Khamis. - Gambar hiasan/BERNAMA
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Buru hidupan liar untuk juadah raya
Daging hidupan liar diburu kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminatnya.
Dua rakan mengaku salah simpan 50 unit sumbu badak sumbu tanpa permit khas
Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar yang dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lepas.
Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas
Zoo Negara akan menawarkan tiket masuk percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bersempena dengan sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60, esok.
Warga Afrika Selatan dipenjara 24 bulan di Singapura kerana seludup 34.7 kg tanduk badak sumbu
Seorang lelaki Afrika Selatan berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 bulan pada Jumaat selepas mengaku bersalah kerana transit di Singapura dengan tanduk badak sumbu tanpa permit yang sah.
Jual spesies hidupan liar eksotik dalam talian secara pesan hantar
Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar.
'Terus gempur penjenayah hidupan liar, khazanah alam' - KPN
Jenayah hidupan liar dan khazanah alam negara akan terus menjadi tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha banteras kegiatan haram itu.
Ikan air tawar diancam kepupusan
Ancaman itu disebabkan peningkatan kesan perubahan iklim dan akibat tangan manusia terhadap hidupan liar di bumi ini.
Empat sahabat terserempak harimau belang di Jalan Gua Musang-Lojing
"Kami berhenti dan merakam kejadian itu dari dalam kereta, selepas 20 minit harimau belang itu masuk semula ke dalam semak."
Serangan harimau: Penduduk takut ke kebun
Penduduk Kuala Tol mendakwa insiden serangan harimau belang hingga meragut nyawa di penempatan itu tidak pernah berlaku dalam tempoh lima dekad lepas.
OBK: 192 kes direkod, nilai rampasan RM40.282 juta
Hazani berkata rampasan barang kes OBK sejak Januari hingga September tahun ini berjumlah RM40.282 juta, menurun 53.16 peratus berbanding RM85.996 juta dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.