awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak, Sabah terima pakai keputusan KKM longgarkan pemakaian pelitup muka

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
07/09/2022
11:05 MYT
Sarawak, Sabah terima pakai keputusan KKM longgarkan pemakaian pelitup muka
JPBN Sarawak menasihatkan orang ramai untuk terus menjaga SOP meskipun terdapat kelonggaran berkenaan pemakaian pelitup muka. -Gambar hiasan
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerima pakai keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup termasuk dalam bangunan.
Sekretariat JPBN Sarawak, berkata keputusan itu mengambil kira situasi COVID-19 seluruh negara termasuk negeri ini yang bertambah baik pada ketika ini.
"Bagaimanapun orang awam dinasihatkan untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kesihatan dan keselamatan masyarakat tidak memburuk.
"Antaranya mematuhi arahan pemakaian pelitup muka yang diwajibkan bagi pesakit COVID-19, penumpang kenderaan awam termasuk kapal terbang, bas dan e-hailing, serta ketika berada di fasiliti kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes positif COVID-19 di Sarawak pada minggu epid ke-35 menurun kepada 619 berbanding 760 kes minggu sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 25 kes atau bersamaan empat peratus merupakan pesakit kategori 3 hingga 5 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Sabah turut menerima pakai keputusan KKM itu.
Topic Berkaitan
#Kelonggaran pelitup muka
#KKM
#JPBN Sarawak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan