awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sasar tanam 35 juta pokok dalam tempoh lima tahun

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2020
07:49 MYT
Sarawak sasar tanam 35 juta pokok dalam tempoh lima tahun
Abang Johari, kempen itu akan melibatkan kawasan pembalakan, ladang hutan, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan tanah persendirian.
KUCHING:Kerajaan Sarawak komited untuk menanam 35 juta pokok di negeri itu dalam tempoh lima tahun.
Usaha itu sebagai menyahut langkah penghijauan negara menerusi Kempen Penanaman 100 juta pokok yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula 2021 sehingga 2025.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kempen itu akan melibatkan kawasan pembalakan, ladang hutan, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan tanah persendirian.
“Kita menyasarkan untuk menanam 35 peratus daripada jumlah sasaran 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun.
“Setakat ini, Sarawak telah menanam lebih 10 juta pokok merangkumi 50 spesies di atas tanah seluas lebih sembilan juta hektar sejak tahun 2019 sehingga 20 Disember 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas terlibat dalam rakaman Program Penghijauan Malaysia peringkat negeri di Bukit Siol, Kuching pada Rabu.
Tambahnya, bagi memastikan kelestarian hutan di negeri itu terus dipertahankan, kerajaan negeri juga mewajibkan syarikat pembalakan untuk menanam semula pokok selepas aktiviti pembalakan.
Malah, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah mengarahkan setiap syarikat pembalakan untuk melaksanakan aktiviti restorasi di kawasan masing-masing.
“Syarikat pembalakan perlu melaksanakan aktiviti restorasi di kawasan lesen masing-masing.
“Ini bermakna kita memberikan lesen kepada mereka untuk melakukan penebangan hutan dan selepas itu mereka (syarikat pembalakan) mesti menanam semula pokok, itu antara syaratnya,” tambah Abang Johari.
Topic Berkaitan
#Sarawak tanam 35 juta pokok
#Kempen Penanaman 100 Juta pokok
#Abang Johari Tun Openg
#aktiviti restorasi pembalakan
#Program Penghijauan Malaysia
#Jabatan Hutan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan