awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sedia jadi hos HAWANA 2024 - Abang Johari

Bernama
Bernama
29/05/2023
14:15 MYT
Sarawak sedia jadi hos HAWANA 2024 - Abang Johari
Abang Johari berkata kerajaan negeri akan turut membantu dengan menyalurkan dana kepada persatuan wartawan di negeri itu bagi penganjuran HAWANA. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Sarawak bersedia menjadi tuan rumah sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata kerajaan negeri akan turut membantu dengan menyalurkan dana kepada persatuan wartawan di negeri itu bagi penganjuran HAWANA.
"Kalau (Menteri Komunikasi dan Digital) Fahmi Fadzil bersetuju, kami (Sarawak) boleh jadi tuan rumah bagi HAWANA tahun depan. Penganjuran HAWANA di sini akan memberi peningkatan positif kepada dunia kewartawanan di Sarawak," katanya ketika berucap di majlis jamuan teh sempena HAWANA 2023 peringkat Sarawak di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, Fahmi berkata kementeriannya mempertimbang penganjuran HAWANA ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak agar semua pengamal media dapat terlibat dengannya.
Mengenai usaha membangunkan industri kewartawanan khususnya di negeri itu, Abang Johari berkata Sarawak akan menganjurkan persidangan kewartawanan peringkat antarabangsa kelak.
"Persidangan ini akan mengupas cara meningkatkan kualiti pelaporan dan kerjasama yang boleh dilakukan bersama universiti untuk bidang kewartawanan," katanya.
Menurutnya pengambilan wartawan daripada pelbagai latar belakang khususnya bidang kewangan dan perbankan, ekonomi serta sains dapat melonjakkan kualiti pelaporan sesebuah berita.
-- BERNAMA
Sarawak sedia jadi tuan rumah HAWANA 2024
Topic Berkaitan
#Hawana
#pengamal media
#tuan rumah
#peringkat antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan