awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri

Bernama
Bernama
30/12/2024
12:30 MYT
Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Abang Johari berkata, industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri. - Bernama
KUCHING: Sarawak tidak melihat keperluan untuk menjadikan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) sebagai industri utama meskipun tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negeri yang berpotensi memiliki hasil REE yang tinggi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata industri perlombongan tersebut boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri yang menekankan agenda ekonomi hijau.
"Kita tidak terdesak untuk menjalankan aktiviti perlombongan REE. Saya rasa kajian yang mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu kerana perlombongan ini boleh memberi impak buruk kepada alam sekitar. Kita perlu memberi fokus kepada aktiviti ekonomi yang lain," katanya.
Abang Johari berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Yayasan Buah Pinggang, Perubatan dan Komuniti Che Hia Khor Moral Uplifting Society Sarawak (CHKMUS) di sini hari ini.
Media melaporkan rekod Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menyenaraikan Sarawak antara 10 negeri yang dikenal pasti berpotensi miliki REE dengan jangkaan nilaian sebanyak RM809.6 bilion selain Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.
Daripada jumlah itu, Terengganu merekodkan kawasan berpotensi paling luas, iaitu 575,000 hektar, diikuti oleh Kelantan (205,000), Perak (135,000), Pahang (100,000), Kedah (90,000), Johor (45,000) dan 10,000 hektar di Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong REE
#Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#alam sekitar
#kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan