awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak tidak eksport sumber nadir bumi - Abang Johari

Bernama
Bernama
29/10/2025
14:15 MYT
Sarawak tidak eksport sumber nadir bumi - Abang Johari
Abang Johari pada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Sarawak hari ini. - Gambar Bernama
SEMATAN (Sarawak): Sarawak mengambil keputusan untuk tidak mengeksport sumber unsur nadir bumi (REE) dari negeri itu, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata REE merupakan sumber penting yang mempunyai potensi besar untuk dimanfaatkan bagi pembangunan ekonomi negeri.
"Di bawah kategori REE ini terdapat beberapa elemen yang sangat strategik. Sebab itu kita lihat China tidak mengeksport unsur nadir bumi mereka.
"Kita di Sarawak memang mempunyai sumber REE, namun kita tidak akan mengeksportnya kerana ia merupakan komponen ekonomi penting untuk membangunkan bahan-bahan berkaitan teknologi," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Sarawak di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan bahawa menurut rekod Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Sarawak antara 10 negeri yang dikenal pasti berpotensi memiliki REE bukan radioaktif dengan anggaran nilai sebanyak RM809.6 bilion, selain Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.
Sementara itu, Abang Johari berkata Sarawak akan membentangkan satu Rang Undang-Undang berkaitan pengurusan sisa buagan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal Disember depan.
Beliau berkata undang-undang itu antara lain bertujuan untuk membolehkan sisa buangan dijadikan sumber ekonomi melalui kitar semula.
"Sisa ini perlu diuruskan dengan baik. Pada masa ini di Sarawak belum ada undang-undang khusus yang membolehkan kita untuk mengutip dan menguruskan sisa. Sebenarnya, sisa berpotensi untuk kita dijadikan sumber duit (pendapatan) kepada negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#REE
#potensi besar
#Hari Alam Sekitar
#sisa buangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan