awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak tubuh empat pasukan bertindak kukuhkan pengurusan COVID-19

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
14/04/2020
09:30 MYT
Sarawak tubuh empat pasukan bertindak kukuhkan pengurusan COVID-19
Sarawak mencatatkan 15 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 363 kes dan kesemua kes ini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS). FOTO: BERNAMA
Empat pasukan bertindak akan ditubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi mengukuhkan pengurusan COVID-19.
Pasukan bertindak ini terdiri daripada Pasukan Bertindak Pertama iaitu Accelerating Flattening the Curve (Current Wave), Pasukan Bertindak Kedua adalah Preventing and controlling the next waves.
Seterusnya Pasukan Bertindak Ketiga iaitu Preparedness Plan for the Big Wave dan Pasukan Bertindak Keempat, Real-time Analysis of Data on COVID-19.
Pengumuman dibuat Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media harian JPBN di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Selasa.
Pasukan pertama diketuai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Jamilah Hashim ini akan melihat dan membuat cadangan bagi mempercepatkan penurunan lengkung COVID-19.
“Antara yang difokuskan ialah isu berkaitan notifikasi kes, penyiasatan kes, pengesanan kontak, pengesanan aktif kes, pendidikan kesihatan dan sebagainya,” kata Uggah.
Pasukan kedua diketuai Datu Prof Dr Andrew Kiyu ini pula akan melihat dan mengemukakan cadangan tentang persediaan segera secara rapi bagi menghadapi gelombang COVID-19 seterusnya sama ada berskala kecil atau besar.
Seterusnya pasukan ketiga akan diketuai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian mengumpulkan barisan pakar kesihatan dan pengamal perubatan lain bagi menghadapi gelombang COVID-19 yang lebih besar.
Manakala pasukan keempat juga diketuai Datu Prof Dr Andrew Kiyu ditugaskan untuk mengumpul data COVID-19 di Sarawak dan mencadangkan apa yang perlu dianalisa berkaitan wabak pandemik ini.
“Secara amnya, kita perlu tahu data yang hendak dianalisis dan tindakan segera boleh dicapai berdasarkan hasil analisa tersebut.”
Sementara itu, Sarawak mencatatkan 15 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 363 kes dan kesemua kes ini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Selain itu 119 kes baru Person Under Investigation (PUI) turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes PUI kepada 2,799 kes.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Datu Prof Dr Andrew Kiyu
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Datuk Dr Sim Kui Hian
#Dr Jamilah Hashim
#Hospital Umum Sarawak
#JPBN Sarawak
#Kuching
#pasukan bertindak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan