awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman digital: Undang-undang jenayah perlu seiring kemajuan siber - Azalina
[TERKINI] Pendaftaran murid darjah satu bagi tahun 2027 dibuat secara dalam talian
Hentikan boikot zakat, wakaf susulan isu ceroboh tanah perkuburan - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saringan di pintu masuk negara wajar, kekang penularan virus Nipah - Pakar

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2026
07:00 MYT
Saringan di pintu masuk negara wajar, kekang penularan virus Nipah - Pakar
Rohaizat berkata Kesiapsiagaan sistem kesihatan negara perlu diperkukuh merangkumi keupayaan fasiliti kesihatan serta tahap kesiapsiagaan anggota kesihatan. -Foto IMU
KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa, khususnya melibatkan pengembara yang pulang dari negara berisiko tinggi, disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha mencegah penularan virus Nipah.
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Rohaizat Yon, kesiapsiagaan sistem kesihatan negara perlu diperkukuh merangkumi keupayaan fasiliti kesihatan serta tahap kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam aspek pencegahan, kawalan dan rawatan penyakit berjangkit.
“Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui saringan kesihatan di pintu-pintu masuk antarabangsa khususnya yang melibatkan pengembara-pengembara yang pulang dari negara berisiko tinggi adalah memang wajar.
“Dan kesiapsiagaan fasiliti kesihatan kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam aspek pencegahan kawalan rawatan kapasiti makmal dan juga kerjasama erat antara dalam dan luar negara pelbagai sektor intersectoral collaboration adalah sangat penting dalam kawalan penyakit Nipah sejajar dengan konsep One Health, katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
KKM sebelum ini berkata, pihaknya akan terus memperkukuh kesiapsiagaan melalui saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa, khususnya membabitkan pengembara dari negara berisiko ekoran situasi wabak penyakit Nipah di West Bengal, India.
Dalam kenyataannya, ia menyebut, pengawasan berterusan akan dipertingkatkan, termasuk pemantauan rapi di lapangan serta pengukuhan kapasiti makmal negara bagi memastikan pengesanan awal dapat dilaksanakan.
Menurut KKM, kesiapsiagaan fasiliti kesihatan turut dipertingkatkan selaras dengan pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan, merangkumi amalan pencegahan dan kawalan infeksi (IPC) serta kerjasama rentas sektor dan antara agensi akan terus diperkukuh.
Selain itu, beliau menyifatkan Malaysia mempunyai keupayaan, pengalaman dan kemahiran mencukupi untuk mengawal penyakit Nipah, dengan negara tidak merekodkan sebarang kes baharu sejak tahun 1999.
Ia berasaskan tiga faktor utama dengan yang pertamanya, Malaysia mempunyai rekod kejayaan dalam mengendalikan wabak virus Nipah pada 1999, selain pengalaman mengawal wabak lain seperti COVID-19 yang mempunyai kadar penularan lebih pantas melalui titisan udara.
“Malaysia punya pengalaman dan kemahiran dari segi tenaga kerja tenaga manusia, kesihatan (dan) pelbagai kategori tenaga kesihatan seperti jururawat dan sebagainya.
“Pelbagai pakar dalam bidang ini (khususnya) pakar perubatan, pakar kesihatan awam, pakar kesihatan perubatan keluarga, pakar makmal dan sebagainya.
“Malaysia (juga) mempunyai fasiliti yang baik iaitu dari segi fasiliti untuk rawatan di hospital, rawatan di klinik fasiliti untuk kawalan dan pencegahan dan juga fasiliti-fasiliti untuk menjalankan ujian ujian makmal bagi mengesan virus Nipah ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#KKM
#virus Nipah
#penyakit berjangkit
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan