awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan didakwa terima rasuah RM2,500

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/01/2022
04:41 MYT
Sarjan didakwa terima rasuah RM2,500
Mohd Nazuli selepas mengaku tidak bersalah menerima rasuah RM2,500 ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2,500 tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Nazuli Mohd Nazari, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Mohd Nazuli yang ketika itu bertugas di bahagian Detektif, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling didakwa menerima rasuah sebanyak RM2,500 daripada seorang lelaki berusia 34 tahun sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap individu berkenaan yang disyaki mencuri dua buah telefon bimbit di kedai telefon di Pekan Baling.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4.27 petang pada 3 Disember 2019 bertempat di dalam kereta jenis Produa Axia di pakir kereta di Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Baling.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Mohd Nazuli diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa SPRM, Tan Sew Ping manakala tertuduh diwakili peguam, Alif Zulkefli.
Tertuduh kemudiannya membayar jaminan di Kompleks Mahkamah Alor Setar.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#sarjan
#telefon bombit
#Mohd Nazuli Mohd Nazari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan