awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan Norihan dibenar keluar hospital, kepulangan disambut sebagai perwira

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/12/2020
09:51 MYT
Sarjan Norihan dibenar keluar hospital, kepulangan disambut sebagai perwira
Ketibaan beliau ke Batalion 3 PGA, Bidor, Perak pada jam 12.30 tengah hari tadi diberi sambutan sebagai Perwira Negara. -Gambar/ PDRM
GEORGE TOWN:Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari, 39, yang menjalani pembedahan membuang peluru di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas ditembak penyeludup, dibenarkan pulang ke kediamannya di Bidor, Perak hari ini.
Norihan yang ditemani isterinya bertolak pulang dengan menaiki kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sambil diiringi pegawai dan beberapa anggota kira-kira 9.30 pagi tadi.
Kepulangan beliau yang memakai kemeja-T merah dan jingga serta berseluar kelabu itu ke Batalion 3 PGA, Bidor, Perak pada jam 12.30 tengah hari tadi diberi sambutan sebagai Perwira Negara oleh pegawai serta rakan sepasukan.
Kepulangan beliau diberi sambutan sebagai Perwira Negara oleh pegawai serta rakan sepasukan.
Kepulangan beliau diberi sambutan sebagai Perwira Negara oleh pegawai serta rakan sepasukan.
Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Rosman Kasman, mereka gembira melihat keadaan Norihan yang semakin pulih dan bersemangat.
"Dia kelihatan bertambah sihat, bersemangat dan ceria serta tidak sabar untuk kembali menjalankan operasi di lapangan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Norihan yang dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar ke HPP, pada 25 November selamat menjalani pembedahan mengeluarkan dua daripada tiga butir peluru dalam badannya.
Dalam kejadian jam 3.10 pagi, 24 November lalu, Norihan dan rakannya, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, berbalas tembakan dengan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Padang Besar.
Baharuddin terkorban dalam kejadian berkenaan manakala Norihan mengalami kecederaan parah.
Topic Berkaitan
#sarjan norihan
#PGA
#ditembak
#dibenar pulang
#perwira negara
#semakin pulih
#peluru
#Pembedahan
#sarjan baharuddin
#terkorban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan