awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan Norihan yang ditembak penyeludup sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
01/12/2020
12:10 MYT
Sarjan Norihan yang ditembak penyeludup sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan
Setakat hari ini Norihan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan. -Gambar fail
GEORGE TOWN:Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang selamat menjalani pembedahan membuang dua butir peluru di tubuhnya, baru-baru ini, sudah mampu bernafas tanpa bantuan mesin sokongan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, tahap kesihatan anggota berkenaan menunjukkan perkembangan yang sangat baik berbanding sebelum ini.
Sahabudin berkata, menurut pihak hospital, setakat hari ini Norihan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Beliau juga sudah boleh minum dan makan makanan bertekstur lembut.
"Selain itu, beliau juga sudah boleh berjalan dengan bantuan "walker frame"," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Norihan yang sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) telah dipindahkan ke wad biasa namun masih di bawah pemantauan serta pemerhatian doktor pakar.
Berhubung satu lagi peluru di tubuhnya, pakar yang merawat Norihan memaklumkan penilaian lanjut masih dibuat bagi menentukan sama ada peluru berkenaan perlu dibuang atau sebaliknya.
Ia berikutan kedudukan peluru itu terlalu dekat dengan tulang belakangnya serta berkemungkinan memberi kesan buruk jika ia cuba dikeluarkan.
Rabu lalu, Norihan dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar ke HPP untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari tubuhnya.
Dalam kejadian awal pagi Selasa minggu lepas, Norihan parah manakala rakannya Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban apabila ditembak kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.
Topic Berkaitan
#sarjan norihan
#PGA
#ditembak
#sempadan
#malaysia-thailand
#Pembedahan
#alat bantuan pernafasan
#berjalan
#semakin baik
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan