NILAI: Tiada sebarang tekanan diberikan kepada barisan atlet negara ketika ini dengan meletakkan sasaran spesifik buat kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung bulan depan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara terpenting bagi atlet negara ketika ini ialah persiapan mereka berada di landasan tepat di sebalik rintangan getir yang terpaksa dilalui.
"Kita sentiasa mengharapkan yang terbaik dan pada waktu ini, yang penting ialah persiapan atlet berada dalam keadaan dan tahap yang tinggi walaupun cabaran yang mereka terpaksa lalui itu agak getir dengan kekangan serta hambatan dalam suasana COVID-19 dan sebagainya.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua persatuan sukan yang terbabit, MOM (Majlis Olimpik Malaysia dan juga MSN (Majlis Sukan Negara) yang telah berjaya menyediakan persekitaran agar tiada sebarang proses terbantut dalam soal penyediaan latihan mereka (atlet)," katanya.
Reezal Merican, yang ditemui pemberita selepas meninjau persiapan terakhir skuad berbasikal trek negara ke Sukan Olimpik di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai hari ini, berkata, sasaran pingat akan diumumkan pada waktu yang tepat.
Beliau turut mengakui beberapa faktor melibatkan COVID-19 memberi kesan terhadap perancangan dan sasaran pingat di Sukan Olimpik.
Bagaimanapun, Reezal Merican berkata, barisan atlet negara tidak menganggap impak negatif COVID-19 sebagai rintangan yang mereka tidak boleh harungi.
"Semangat inilah saya yakin insya-Allah akan membuahkan keputusan yang boleh dianggap memberi rasa bangga kepada rakyat Malaysia dan negara," katanya.
Ketika ini, 22 atlet negara secara rasmi telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo dengan yang terbaharu bekas juara dunia Cheong Jun Hoong kembali berada dalam slot acara platform 10 meter individu wanita manakala beberapa atlet turut berpeluang beraksi di temasya berkenaan.
Pada edisi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, tiada sebarang sasaran spesifik diletakkan buat kontinjen negara namun Malaysia berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021
Reezal Merican Naina Merican (duduk, dua, kiri) mendengar penerangan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (kanan) semasa mengadakan lawatan meninjau persiapan terakhir atlet berbasikal negara di Velodrom Nasional, hari ini. Gambar BERNAMA
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
RTG: Shah Firdaus tak jangka tersenarai
Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak menyangka tersenarai dalam program RTG bagi memburu emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Pandelela: MSN nafi laporan pegawai ISN tidak bantu atlet di Olimpik Tokyo
Laporan akhbar mendakwa Pandelela berkata pegawai ISN tidak memberikan sokongan kepada atlet kebangsaan semasa Olimpik Tokyo tidak benar.
Atlet wanita terus berada di puncak kecemerlangan di sebalik pelbagai cabaran
Beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi atlet wanita negara semakin menyerlah baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Pandelela tamat saingan di tempat keenam Piala Dunia 2022
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg menamatkan saingan di tempat keenam acara 10 meter (m) platform wanita di Piala Dunia FINA 2022 di Berlin, Jerman, awal pagi ini.
Azizulhasni tolak tawaran lumayan, kemasyhuran demi Malaysia
Azizulhasni mendedahkan beberapa kali menolak peluang berlumba di Eropah dan Jepun yang menawarkan keuntungan besar serta kemasyhuran, demi komitmennya terhadap negara tercinta.
Parlimen: KBS tetap jalankan siasatan lanjut isu Muhammad Ziyad
KBS bersependapat dan percaya dengan pendirian Muhamad Ziyad bahawa dakwaan beliau tiba lewat adalah dakwaan yang tidak berasas.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Kerajaan Terengganu sedia bantu Azizulhasni pertahan jurulatih - Menteri Besar
Menteri Besar Terengganu beri komitmen perjuangkan Datuk Azizulhasni dapat khidmat jurulatih terbaik sepertimana dikehendaki.
Rumah, wang tunai RM50,000 ganjaran buat Azizulhasni dari kerajaan Terengganu
Kerajaan Terengganu hadiah sebuah kediaman bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000 buat pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Piala Thomas: Barisan mentah negara tetap mampu mencabar
Aaron Chia dicanang oleh Persatuan Badminton Malaysia antara taruhan utama di Aarhus, Denmark, pada 9-17 Oktober depan.