SINGAPURA: Sasterawan Singapura, Suratman Markasan, yang merupakan pemegang Anugerah Tun Seri Lanang, meninggal dunia pada Selasa di Singapura pada usia 93 tahun.
Pemergian pemegang anugerah berprestij persuratan Melayu Singapura itu dimaklumkan oleh tokoh bahasa dan persuratan Malaysia, Prof Datuk Seri Awang Sariyan, melalui laman Facebook miliknya setelah menerima perkhabaran tersebut daripada anak perempuan Allahyarham, Suriani Suratman.
Awang berkata beliau dimaklumkan Suratman menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2 pagi tadi.
"Dalam kunjungan berceramah hamba ke Singapura akhir Januari lalu, beliau berada di wad dan berkirim salam kepada hamba," kata Awang dalam catatannya yang turut berkongsi sebuah puisi bagi memperingati perjuangan Suratman dalam dunia persuratan Melayu.
Media tempatan melaporkan Suratman sudah lama sakit dan keluar masuk hospital.
Wawancara terakhir beliau bersama media Detik Personaliti ditangguhkan beberapa kali kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Menurut National Library of Singapore, Suratman merupakan seorang penyair, novelis dan perintis sastera yang disegani di Singapura.
Lahir di Singapura pada tahun 1930, Suratman mula menulis pada awal tahun 1950-an dan kerjaya beliau dalam bidang sastera bermula dari awal tahun 1950-an hingga sekarang.
Antara anugerah yang diterimanya, termasuk Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write) (1989); Pingat Budaya Singapura (2010) dan Anugerah Sasterawan Mastera (Majlis Sastera Asia Tenggara) (2014) yang dianugerahkan oleh Mastera Brunei.
Beliau juga telah menulis banyak kertas kerja mengenai sastera Melayu, bahasa dan budaya yang kemudiannya dibentangkan di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Suratman mengambil bahagian secara aktif dalam persatuan sastera, bahasa dan budaya di Singapura melalui peranan penting yang dipegangnya dalam Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50) dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura.
Beliau menulis puisi pertamanya "Hati yang Kosong" ("An Empty Heart") pada tahun 1954, sebuah karya menggambarkan usahanya mencari makna dalam kehidupan.
Suratman juga merupakan penulis Singapura pertama yang menjadi penulis jemputan bagi Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia pada tahun 1991.
Kebanyakan karya sastera Suratman mengupas tema-tema berkaitan Singapura serta kebimbangan yang dinyatakan oleh masyarakat Melayu di Singapura.
Beliau memberikan kritikan terhadap apa yang beliau anggap sebagai tindakan atau idea yang tidak diingini dan penulisannya mencerminkan pengamatannya terhadap perubahan sosial, budaya dan politik yang memberi kesan kepada masyarakat Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Allahyarham Suratman menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2 pagi tadi.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Sasterawan Singapura Suratman Markasan meninggal dunia
Sasterawan Singapura, Suratman Markasan, yang merupakan pemegang Anugerah Tun Seri Lanang, meninggal dunia pada Selasa di Singapura pada usia 93 tahun.