KUALA LUMPUR: Malaysia harus menimbangkan untuk menggubal satu Akta Imuniti bagi melindungi negara daripada sebarang kemungkinan tuntutan asing, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata sebagai contoh, kes tuntutan kumpulan mengaku waris Sulu yang menampilkan pertikaian kompleks, di samping melibatkan pelbagai isu asas yang secara langsung memberi kesan kepada komuniti timbang tara serta pihak berkepentingan dalam masyarakat antarabangsa, dan juga negara berdaulat.
"Saya berpendapat seharusnya kita di Malaysia, dengan insiden (tuntutan) ini dan mungkin pada masa hadapan dengan lebih banyak tuntutan, melihat kewujudan Akta baharu yang dipanggil Akta Imuniti Negara.
"Kita tidak ada Akta Imuniti Negara yang perlu ada hari ini.. bagi menimbangkan ini sebagai sebahagian daripada strategi yang perlu bagi menyediakan kita dalam merujuk kepada tuntutan tertentu," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023, hari ini.
Sementara itu Azalina turut menegaskan bahawa Perjanjian 1878 mahupun Pengesahan Penyerahan 1903 tidak menetapkan sebarang perjanjian timbang tara antara pihak asal serta kumpulan Sulu dan kerajaan Malaysia.
Beliau berkata dengan ketiadaan perjanjian timbang tara sebagai pra-syarat dan asas bagi mana-mana prosiding timbang tara, permulaan prosiding timbang tara yang dikatakan oleh pihak yang menuntut Sulu itu adalah tanpa asas.
"Perjanjian 1878 tidak ada klausa arbitrasi. Timbangtara komersial (timbang tara perdagangan) kena ada klausa. Maknanya dalam perjanjian itu kena tulis, kalau ada pertikaian kena bawa untuk berbincang.
"Bolehkah anda pergi untuk timbang tara apabila tiada klausa timbang tara? Sekiranya tidak ada klausa seperti itu, kenapa pula kita diheret kepada kes sedemikian?" tambahnya.
Sehubungan itu beliau berkata prosiding timbang tara yang didakwa dimulakan oleh lapan yang mengaku sebagai keturunan waris Sulu itu jelas menunjukkan bahawa terdapat pelanggaran ketara serta penyalahgunaan mekanisme dan proses timbang tara yang dihormati di peringkat global.
Beliau berkata ini disusuli dengan fakta bahawa pemberian Anugerah Akhir pada 28 Feb 2022 oleh Dr Gonzalo Stampa dalam prosiding timbang tara yang dikatakan dimulakan oleh pihak yang menuntut Sulu, adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di Malaysia.
Sementara itu menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Kolokium Antarabangsa 2023 adalah salah satu daripada banyak usaha proaktif kerajaan untuk memastikan pemahaman yang menyeluruh tentang prosedur dan fakta undang-undang berhubung tuntutan kumpula mengaku waris Sulu itu terhadap rakyat dan kerajaan Malaysia.
"Kerajaan akan terus melibatkan semua pihak berkepentingan yang berkaitan di Malaysia untuk memastikan segala usaha telah dilaksanakan dalam menangani perkara ini dan dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kolokium hibrid anjuran BHEU, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), dan Universiti Malaya (UM) itu menghimpunkan pengamal undang-undang kanan tempatan dan asing, pakar undang-undang, penimbang tara bertauliah serta ahli akademik untuk membincangkan perkara berkaitan isu ini.
Selain Azalina, Dekan dan Prof Undang-undang Komersial Antarabangsa, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Prof Dr. Jason Chuah menyampaikan syarahan pleno 'Reviewing the Legal and Procedural Issues in the Sulu case'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berucap pada Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023: Kedaulatan Dan Kekebalan Negara Dalam Timbang Tara Komersial. - Foto BERNAMA
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Satu akta khusus perlu dipertimbangkan bagi melindungi negara daripada tuntutan pihak asing - Azalina
Malaysia harus menimbangkan untuk menggubal satu Akta Imuniti bagi melindungi negara daripada sebarang kemungkinan tuntutan asing.