awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu mayat mangsa terjatuh dalam tangki ditemui

Bernama
Bernama
04/11/2017
09:05 MYT
Satu mayat mangsa terjatuh dalam tangki ditemui
Ambulans keluar dari perkarangan kilang simen di mana tiga lelaki dikhuatiri terjatuh ke dalam tangki minyak yang terbakar di Jalan Kuang Garing, Rawang pada Jumaat, 3 Nov, 2017. --fotoBERNAMA
Satu mayat daripada tiga mangsa yang dipercayai terjatuh ke dalam tangki minyak diesel yang meletup di sebuah kilang simen di Jalan Kuang di Rawang di sini ditemui petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mangsa ditemui pada pukul 2.50 petang.
"Buat masa ini identiti mangsa belum dapat dipastikan kerana badannya dipenuhi minyak hitam. Usaha mengesan dua orang lagi mangsa masih giat dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, tiga lelaki berumur antara 28 hingga 49 tahun sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki minyak itu sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam tangki.
Susulan itu pasukan penyelamat terpaksa mengeluarkan lebih 725,000 liter minyak diesel dari tangki setinggi 4.26 meter itu bagi mencari mangsa terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diesel
#Jalan Kuang
#kilang simen
#letupan
#mangsa
#mayat
#Mohd Sani Harul
#Rawang
#tangki minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan