awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak

Bernama
Bernama
19/01/2025
14:43 MYT
Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan PPS berkenaan dibuka di Dewan Rumah Dayak Saratok, bagi menempatkan 39 mangsa banjir melibatkan 15 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok.
Banjir turut melanda dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Lama dan Kampung Petanak Ulu, di Mukah di bahagian tengah Sarawak, namun trend air dilaporkan sedang menurun.
Sementara itu di Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 877 mangsa daripada 328 keluarga yang berlindung di enam PPS membabitkan daerah Pitas dan Paitan, berbanding 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi tadi.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah Pitas turut memaklumkan penutupan empat PPS di daerah itu berikutan keadaan air banjir kembali normal di kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Saratok
#banjir kilat
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan