Sejak kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, satu saat pun tidak pernah dipersiakan oleh ahli keluarga untuk berdoa agar keadilan dalam kes tersebut dapat ditegakkan.
Itu luahan ibu arwah, Asma Aziz, 52 tahun, yang berharap agar keputusan inkues bagi mencari punca kematian Muhammad Adib yang akan diumumkan esok, memihak kepada keluarganya.
Tambahnya, dia sangat berharap agar seluruh rakyat Malaysia untuk sentiasa berdoa supaya keputusan yang akan diumumkan dibuat secara adil oleh pihak terlibat.
"Tiap-tiap hari berdoa untuk dia... satu saat pun tak lupa. Masa pergi Mekah dulu itulah yang terawal saya doakan. Saya banyak doakan untuk dia.
“Hari ini ada bacaan Yasin (pada sebelah malam) di masjid. Harapan saya supaya (keputusan inkues) memihak kepada Adib. Keluarga hanya mahukan keadilan... Harapan (keluarga) hanya mahu keadilan,” ujarnya.
Asma berkata demikian ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, selepas majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk arwah Adib pada Khamis.
Ogos lalu, Mahkamah Koroner Shah Alam telah menetapkan 27 September sebagai tarikh keputusan prosiding inkues berhubung kematian Muhammad Adib.
Berdasarkan kenyataan Koroner Rofiah Mohamad, penetapan tarikh terbabit dibuat selepas mendapati tiada lagi keperluan untuk meneruskan prosiding inkues itu selepas ia ditutup 24 Julai lepas.
Muhammad Adib meninggal dunia akibat cedera parah dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, pada November tahun lalu, dan sejak itu perjalanan inkuesnya menjadi tumpuan ramai.
Abdul Hadi Che Awang
Thu Sep 26 2019

"Tiap-tiap hari berdoa untuk dia... satu saat pun tak lupa."

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Banjir Sarawak | Kerjasama ketua kaum dipuji
Selain itu, Mohtar turut memuji peranan ketua kampung, ketua masyarakat dan penghulu di sesuatu kawasan yang terjejas akibat banjir. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan urusan pemindahan dan menyelamat. Ia sesuatu yang wajar dipuji.

Op Benteng | 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Joe Biden dijangka melaksanakan beberapa perintah eksekutif termasuk menarik balik larangan kontroversi terhadap beberapa negara Islam.

PKP 2.0 | 66 individu dikompaun cuba rentas negeri / daerah
66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan pula seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

AWANI Ringkas: PM setuju tubuh kumpulan penasihat COVID-19 | Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil

Banjir: Cuti bomba Kelantan dibekukan hingga tamat monsun
Anggota JBPM diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi situasi banjir susulan amaran hujan berterusan di Kelantan.

Polis temui mayat rentung di dalam SUV terbakar
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kenderaan terbakar di kawasan itu jam 3.30 pagi.

Lelaki ditahan, tumbuk anggota bomba ketika padam kebakaran
Anggota bomba yang sedang menjalankan tugas memadamkan kebakaran sebuah kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, pada Khamis.

Pegawai bomba berbasikal secara solo sejauh 2,020 km kumpul dana
seorang pegawai bomba memanfaatkan kudratnya mengayuh sejauh 2,020 kilometer secara solo bagi mengumpul sumbangan untuk Tabung Kebajikan Anggota Bomba.

Kebakaran hutan di California memburuk akibat cuaca panas terik
Ia selepas api marak dan merebak lebih teruk pada Khamis susulan keadaan cuaca terik di California.

KPKT serah kepada keluarga Adib untuk saman polis
Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata keluarga Muhammad Adib berhak mendapat keadilan di atas kematiannya.

Kapal terbakar, sembilan anggota bomba dikejar ke hospital di Florida
Letupan berlaku kira-kira tiga jam selepas pihak bomba menerima panggilan pada jam 4 petang Khamis waktu tempatan, berhubung kebakaran kapal yang terjadi di Pulau Blount itu.

Sebahagian struktur kondominium di Taman Desa runtuh
Sebahagian struktur kondomunium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa di Jalan Klang Lama, di sini runtuh sebentar tadi.

Kes Adib: Keputusan rayuan komital Peguam Negara pada 28 Jan
Mahkamah tetapkan 28 Jan depan untuk keputusan permohonan rayuan Peguam Negara Tommy Thomas berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim terhadapnya.

Sunyi bila tiada Adib - Sepupu
Sikap Muhammad Adib yang sangat rapat dengan ahli keluarga dan saudara-mara telah menghadirkan rasa kosong dan sunyi sejak ketiadaannya.