awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu soalan ChatGPT guna 0.34 Wh elektrik, 0.31 mL air

Amanz
Amanz
11/06/2025
04:00 MYT
Satu soalan ChatGPT guna 0.34 Wh elektrik, 0.31 mL air
Setiap soalan kepada ChatGPT menggunakan purata 0.34 Wh elektrik dan 0.31 mL air. -Gambar hiasan/Amanz
BERAPAKAH penggunaan kuasa elektrik dan air setiap kali anda menggunakan ChatGPT? Ini adalah misteri yang hanya hari didedahkan oleh Sam Altman, CEO OpenAI.

Ringkasan AI
  • Setiap soalan kepada ChatGPT menggunakan purata 0.34 Wh elektrik dan 0.31 mL air
  • Penggunaan kecil ini menjadi signifikan apabila digabungkan dengan ratusan juta pengguna harian
  • Pusat data AI memerlukan tenaga tinggi, mendorong syarikat besar beralih kepada tenaga nuklear untuk kurangkan pelepasan karbon

Dalam blog yang diterbitkan pagi tadi, Altman mengatakan secara purata satu soalan yang ditanya kepada ChatGPT menggunakan 0.34 Wh elektrik dan 0.31 mL air.
Ini bersamaan menggunakan ketuhar selama sesaat atau 1/15 isipadu satu sudut teh.
OpenAI menerbitkan artikel mereka beberapa minggu selepas MIT Technology Review melaporkan bertanya 15 soalan kepada sebuah chatbot, menjana 10 keping gambar dengan AI generatif dan menjana 3 video sepanjang 5 saat dianggarkan menggunakan 2.9 kWh tenaga elektrik bersamaan menjalankan sebuah ketuhar gelombang mikro berterusan selama 3.5 jam.
Angka yang dikongsi oleh OpenAI nampak rendah tetapi setiap hari perkhidmatan mereka diakses ratusan juta pengguna yang melakukan lebih daripada soalan sehari.
Realitinya ialah pusat data kecerdasan buatan (AI) menggunakan kuasa elektrik yang tinggi sehingga menyebabkan Meta, Google dan Amazon mengikat kontrak untuk menggunakan kuasa nuklear bagi mengurangkan pelepasan karbon tahunan mereka. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#ChatGPT
#Sam Altman
#elektrik dan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan