awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2021
04:54 MYT
Saya akan hadapi cabaran ini dengan tabah, berani kerana benar - Rozman Isli
Beliau akan menghadapi cabaran itu dengan tabah selain mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik supaya beliau meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: "Berani kerana benar".
Demikian penjelasan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berhubung pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.
Tegasnya, beliau akan menghadapi cabaran itu dengan tabah selain mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik supaya beliau meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan sekarang.
"Pertuduhan sekali gus menjatuhkan imej beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Kes ini juga akan memberi saya pengalaman sendiri dalam hal penyalahgunaan kuasa yang menjadi semakin teruk sekarang ini.
"Antara perkara yang saya utamakan dalam perjuangan politik saya adalah menentang salah guna kuasa dan mendokong reformasi institusi supaya badan-badan penguat kuasa yang penting seperti SPRM, PDRM, SPR selain badan legislatif dan kehakiman bebas daripada disalah guna oleh mereka yang berkuasa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mengulas mengenai pertuduhan salah guna kuasa ke atas Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, Rozman menjelaskan, beliau hanya salah seorang daripada sembilan Ahli Lembaga Pengarah kepada Lembaga Pelabuhan Labuan dan bukannya pengerusi.
Katanya, di antara Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai tertinggi kerajaan daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang faham dasar dan proses untuk kerajaan membuat pelantikan operator.
BACA: Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan
"Semasa mesyuarat membuat keputusan, saya menyokong operator lama yang dimiliki oleh usahawan bumiputera tempatan itu untuk terus diberi peluang.
"Mereka tidak terpilih kerana majoriti Ahli Lembaga Pengarah memilih syarikat lain dari luar Labuan sebagai operator baharu Pelabuhan Merdeka Labuan dan saya menghormati keputusan mesyuarat itu," katanya.
Jelas Rozman, beliau akan membersihkan namanya serta terus berjuang membasmi budaya salah guna kuasa dan rasuah di negara ini.
Terdahulu, Rozman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas.
Rozman, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah | Ahli Parlimen Labuan didakwa minta kontrak
Topic Berkaitan
#Rozman Isli
#Ahli Parlimen Labuan
#salah guna kuasa
#Parti Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan