Video yang dimuatnaik di laman pengkongsian video popular YouTube agak ringkas, tidak menampilkan selebriti atau personaliti terkenal tanah air. Namun ia mempunyai mesej yang penting: Adakah anda akan pergi mengundi?

Nama-nama seperti Sam bin Amor, Dahlia bin Shaik Abdul Aziz, Cheesie, Bala dan Tan Pead mungkin nama yang asing bagi anda.

Namun mereka rakyat Malaysia, dari pelbagai kaum dan latar belakang yang bebeza, yang bakal pergi mengundi.

Antaranya adalah Sam bin Amor, 48, yang merupakan seorang Tok Batin di Kampung Orang Asli Batu Berangkai. Dalam video berkenaan, beliau tidak mengharapkan apa-apa selain kedamaian, keharmonian dan pembangunan yang ditadbirkan oleh kerajaan yang adil untuk semua.



“Dengan keadaan saya yang mengandung ini, saya tetap akan pergi mengundi demi masa depan saya dan terutama [sekali] anak dalam kandungan saya,” kata Dahlia, 30 tahun.



“Kami mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan yang kami suka,” kata Tan Pead, 57.



Adakah anda akan pergi mengundi?