awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja

Bernama
Bernama
06/08/2024
13:26 MYT
PH Selangor sedia bincang cadangan UMNO diberi kerusi di Kota Raja
Amirudin berkata perkara itu boleh dimuktamadkan dalam mesyuarat sebagai rakan kongsi Kerajaan Perpaduan dan diangkat sehingga ke peringkat Majlis Presiden. - Gambar fail/Bernama
KUALA SELANGOR: Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dan mempertimbangkan cadangan UMNO untuk diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di Bahagian Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu boleh dimuktamadkan dalam mesyuarat sebagai rakan kongsi Kerajaan Perpaduan dan diangkat sehingga ke peringkat Majlis Presiden.
"Perkara itu perlu dibincangkan sebab kita akan berdepan dengan pilihan raya sekitar tahun 2027 atau 2028. Ia perlu dipertimbangkan sebagai rakan kongsi Kerajaan Perpaduan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato' Menteri Besar Selangor 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, di sini hari ini.
Menteri Besar Selangor itu juga meminta rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan agar tidak 'melatah' dengan cadangan yang diusulkan dalam mesyuarat UMNO bahagian itu.
Pada 4 Ogos lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menyokong cadangan supaya parti berkenaan diberikan sekurang-kurangnya satu daripada empat kerusi di Bahagian Kota Raja dalam mendepani pilihan raya akan datang.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan diutarakan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kesefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Empat kerusi berkenaan ialah di Parlimen Kota Raja dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sentosa, Sungai Kandis dan Kota Kemuning.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Pakatan Harapan
#UMNO
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan