awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya bukan punca masjid ditutup" - Dr Khairuddin gesa tunggu penjelasan KKM

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2020
05:02 MYT
"Saya bukan punca masjid ditutup" - Dr Khairuddin gesa tunggu penjelasan KKM
Dr Khairuddin menafikan beliau menjadi punca penutupan sebuah masjid di Kuala Nerus. - Gambar BERNAMA
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menafikan beliau menjadi punca penutupan sebuah masjid di Kuala Nerus .
Beliau yang juga Ahli Parlimen kawasan berkenaan berkata, penutupan Masjid Seberang Bukit Tumbuh selama empat hari bermula Rabu lalu itu tiada kaitan dengannya yang terpalit dakwaan tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara bulan lalu.
Enggan mengulas lanjut berhubung isu ingkar kuarantin, Dr Khairuddin, sebaliknya, menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat kenyataan lengkap mengenai statusnya termasuk keputusan ujian COVID-19.
“Pertama, sebagai menteri saya perlu akur kepada peraturan dan perlu dilihat akur pada peraturan… saya serahkan pada Kementerian Kesihatan untuk mereka membuat kenyataan (kerana) kita tidak mahu menimbulkan kepanikan kepada rakyat dan Insya-Allah pihak kementerian akan buat yang terbaik, kata beliau.
Dr Khairudin berkata demikian kepada wartawan selepas dianugerahkan Pangkat Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, malam tadi.
Masjid Seberang Bukit Tumbuh di Kuala Nerus ditutup selama empat hari bermula petang Rabu bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman.
Pada Selasa, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa Dr Khairuddin tidak melakukan kuarantin 14 hari selepas pulang daripada kunjungan ke Turki.
Ekoran itu, Dr Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dikritik banyak pihak kerana mengingkari arahan kuarantin seperti yang digesa oleh pihak berkuasa supaya melakukannya khususnya kepada mana-mana warganegara Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#COVID19
#Dr Khairuddin Aman Razali
#Kuala Nerus
#Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan