awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya diperkenan menghadap YDP Agong 13 Oktober - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2020
08:09 MYT
Saya diperkenan menghadap YDP Agong 13 Oktober - Anwar
Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk beliau menghadap pada hari Selasa 13 Oktober 2020. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah minggu depan.
Dalam satu kenyataan media, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk beliau mengadap pada hari Selasa 13 Oktober 2020.
Anwar berkata pada majlis menghadap tersebut beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini.
"Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.
MEDIA STATEMENT 8 October 2020 Alhamdulillah I am grateful to Allah because with His bounty and permission His Majesty the Yang di-Pertuan Agong has recovered from the recent illness. pic.twitter.com/GYzFF9QfhC
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 8, 2020
Pada 23 September lepas, Anwar memberitahu bahawa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.
BACA: Anwar ada sokongan majoriti jadi PM - PH
Tegas Anwar, beliau telah mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Selasa (22 Sept) jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguh susulan baginda sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Beberapa jam selepas pengumuman Anwar itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, beliau menerima maklumat terdapat ramai Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, UMNO dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN) sebaliknya sokongan kepada kerajaan PN hanyalah sokongan daripada ahli-ahli parlimen parti itu.
Namun, ahli-ahli parlimen UMNO yang dikaitkan memberi sokongan kepada Anwar menafikan perkara tersebut.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#mengadap
#ahli Parlimen
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan