"Walaupun sudah lebih setahun, tetapi bagi saya ia seperti baru berlaku semalam apabila saya menggali kubur, memandikan dan mengebumikan jenazahnya," kata Mohamad Toha Naziullah, mangsa kem transit pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian dekat sini, tentang rakan karibnya.
Pemuda Rohingya berusia 23 tahun itu masih teringatkan nasib yang menimpa rakannya dikenali sebagai Yunus yang menjadi mangsa kepada kekejaman pengawal-pengawal di kem transit terbabit.
"Saya dan Yunus ditempatkan dalam kandang yang sama dan disebabkan umur kami yang hampir sama, kami rapat dan berjanji untuk menjaga satu sama lain daripada apa-apa bahaya ketika ditahan di kem itu," katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama hari ini.
Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa, apabila suatu hari pengawal kem menarik rakannya keluar daripada kandang tahanan dan meminta bayaran sebanyak RM8,000 sebagai syarat membebaskannya ke Malaysia.
Yunus menurut Mohamad Toha telah memberitahu pengawal kem transit terbabit beliau telah menjelaskan RM5,500 kepada ejen sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, yang berjanji untuk membawanya ke Malaysia.
"Yunus beritahu dia tiada duit, selepas menjual tanah dan rumah bagi mengumpul RM5,500 yang dikehendaki oleh ejen, tetapi alasannya tidak diterima oleh pengawal terbabit yang berang," katanya.
Disebabkan jawapan itu yang tidak memuaskan hati, Yunus telah dipukul dengan teruk tanpa sebarang belas kasihan oleh kira-kira lima pengawal kem transit itu menggunakan batang kayu dan besi, katanya.
Akibat dipukul dengan teruk oleh pengawal terbabit, rakannya itu menurut Mohamad Toha, tidak lagi mampu bergerak atau makan dan hanya terbaring bersebelahannya di dalam kandang tahanan.
"Beliau tidak lagi boleh bercakap atau bergerak dan hanya terbaring. Matanya hanya merenung kosong. Saya menjaganya siang dan malam, tetapi beberapa hari sebelum meninggal, dia kerap meracau dan badannya sering mengigil.
"Saya sangat sedih melihat keadaan beliau dan pada hari ketiga atau keempat selepas dipukul, Yunus menghembuskan nafas terakhir di dalam kandang tahanan di sebelah saya," katanya.
Mohamad Toha berkata beliau diarahkan oleh pengawal kem bersama-sama beberapa tahanan yang lain untuk memandikan jenazah Yunus dan mengkafankannya menggunakan kain putih yang diberikan.
Ketika dimandikan, katanya kelihatan luka dan bengkak di serata tubuh Yunus akibat kesan pukulan diterimanya daripada pengawal-pengawal kem beberapa hari sebelum itu.
"Selesai memandikan Yunus, dengan menggunakan cangkul saya dan tahanan lain menggali kubur berhampiran kandang tahanan dan mengebumikannya. Kami sempat menyedekahkan bacaan Yassin, Al-Fatihah dan beberapa surah lain. Ia ucapan selamat tinggal terakhir kepada Yunus, " katanya.
Sepanjang dua bulan ditahan di kem transit Wang Kelian itu, Mohamad Toha berkata, beliau telah menggali dan mengguburkan sembilan jenazah tahanan yang meninggal dunia, sama ada disebabkan penyakit atau dipukul oleh pengawal.
Bagaimanapun jenazah-jenazah itu dikebumi dengan hanya berseluar pendek dan tanpa dimandikan terlebih dahulu atas arahan pengawal kem, berbeza dengan jenazah Yunus yang lengkap dikafan dan dimandi, katanya.
Pada suatu hari, Mohamad Toha bersama beberapa lain termasuk Nurul Amin Nobi Hussein yang ditemuramah Bernama semalam, telah melarikan diri daripada kem transit terbabit.
Sementara seorang lagi pendatang Rohingya yang menjadi tahanan di kem transit pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand, Jahedul Islam Abu Tahir, 25, pula berkata beliau pernah mengebumikan tujuh jenazah tahanan lelaki di dalam satu liang lahad.
"Ketujuh-tujuh mereka dipukul dengan kejam dengan belakang pistol, batang kayu dan besi kerana gagal membayar wang sebagaimana diminta oleh ejen-ejen terdiri daripada bangsa Rohingya sendiri," katanya.
Ditahan selama lebih dua bulan tahun lepas, katanya, ketujuh-tujuh tahanan berumur antara 20 hingga 30-an itu dibunuh atas arahan tiga ejen sindiket, katanya.
Ketiga-tiga ejen terbabit berada di kem transit itu ketika ketujuh-tujuh mereka dipukul hingga mati, katanya.
Menurut Jahedul Islam, beliau merupakan seorang daripada tahanan kem yang diarahkan oleh pengawal untuk menggali kubur besar bagi menempatkan ketujuh-tujuh mangsa perlakuan kejam itu.
Tidak lama selepas peristiwa menyayat hati itu, beliau bersama beberapa yang lain berjaya melarikan diri daripada kem transit itu.
Bernama
Fri May 29 2015
Mohamad Toha Naziullah, mangsa kem transit pemerdagangan manusia di Wang Kelian dedah kisah dia menggali kubur kawannya sendiri.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
"Saya gali kubur kawan saya," kata mangsa kem transit Wang Kelian
Mohamad Toha Naziullah, mangsa kem transit pemerdagangan manusia di Wang Kelian dedah kisah dia menggali kubur kawannya sendiri.