NATIONAL
"Saya hendak dia terus sihat, berjaya dunia akhirat" - Doa ibu murid OKU

Teruja untuk ke sekolah, Ariq bangun seawal jam 6 pagi, tidak sabar untuk ke sekolah bertemu rakan-rakan sebaya di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru.
Masalah tulang rapuh yang dihidapi Ariq Arif Danirl Razali tidak menghalang kanak-kanak berusia 7 tahun itu memulakan sesi persekolahan yang bermula hari ini.
Teruja untuk ke sekolah, Ariq bangun seawal jam 6 pagi, tidak sabar untuk ke sekolah bertemu rakan-rakan sebaya di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, di sini.
“Sedih sebak semua ada. Alhamdulillah dia normal kanak-kanak seperti biasa cuma fizikal dia sahaja.
Saya nak dia terus sihat berjaya dunia akhirat,” jelasnya.
Ketika ditanya apakah cita-cita Ariq, dia berkata mahu menjadi doktor satu hari nanti.

Ibu Raden, Nur Azizah berharap, anak istimewanya dapat belajar walaupun sedikit perlahan. - Foto Astro AWANI
Sementara itu bagi pelajar OKU dengan masalah pendengaran, Raden Mohd Aiman Firdaus Zailan pula proses penanaman implan telinga pada November lalu menambah keterujaannya untuk memulakan sesi persekolahan.Ibu Raden, Nur Azizah berharap, anak istimewanya dapat belajar walaupun sedikit perlahan.
“Dia ada masalah pendengaran dipanggil 'born breech' (kelahiran tidak normal). Dia boleh dengar seperti orang biasa, saya harap sangat dia dapat belajar dengan baik dan kelas pendidikan khas ini harap juga dia didedahkan dengan dunia luar,“ ujarnya.
Seramai 56,579 pelajar tahun satu memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2018 di Johor.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami