awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya kekal dengan pendirian saya, itu sahaja' - Xavier

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2021
04:10 MYT
'Saya kekal dengan pendirian saya, itu sahaja' - Xavier
Xavier kekal dengan pendiriannya berhubung kenyataannya keluar daripada PKR pada Sabtu. -Gambar fail
BANTING: "Saya kekal dengan pendirian saya, itu sahaja."
Itu kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar berhubung keputusannya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu.
Xavier berkata demikian ketika ditemui pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), di sini, pada Isnin.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya wartawan berhubung kenyataan tersebut, lapor Sinar Harian.
Pada Sabtu, Dr Xavier yang juga bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.
BACA: Xavier Jayakumar letak jawatan Naib Presiden, ahli PKR
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, beliau turut mengumumkan akan menjadi ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan PN.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana kekecewaan beliau terhadap situasi politik yang berlaku dalam negara ketika ini.
Politik | Xavier Jayakumar umum letak jawatan Naib Presiden & Ahli PKR
Dr Xavier memaklumkan beliau telah memaklumkan pendiriannya untuk menjadi ahli Parlimen Bebas kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu surat yang bertarikh 12 Mac 2021.
Politik | Tindakan Xavier tinggalkan PKR penuh tanda tanya
Dalam surat berkenaan, Dr Xavier turut menyatakan bahawa beliau akan menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Politik: Apa maksud Xavier umum letak jawatan Naib Presiden PKR?
Topic Berkaitan
#Xavier Jayakumar
#letak jawatan
#Keluar PKR
#tetap pendirian
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#Parti Keadilan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan