BINTANG UFC Khabib Nurmagomedov yang telah bersara dari sukan seni bela diri campuran (MMA) sejak Oktober tahun lalu, kini seolah-olah berminat untuk menceburi sukan bola sepak pula.
Jaguh dari Dagestan, Rusia itu memuat naik video di laman Instagramnya mengatakan dia kini seorang ‘free agent’ (ejen bebas) dan bersedia untuk menerima sebarang tawaran dari mana-mana kelab.
Dalam video tersebut, Khabib dilihat sedang berlatih berlari beserta kapsyen, “Membuat persediaan untuk debut bola sepak saya. Saya ejen bebas dan bersedia untuk menerima tawaran."
Bagaimanapun, kata-kata itu dipercayai hanyalah gurauan dari Khabib yang sememangnya amat meminati sukan tersebut.
Juara lightweight berusa 32 tahun itu juga pernah mengakui dia lebih sukakan bola sepak berbanding MMA.
BACA: Cristiano Ronaldo akui lebih gemar tonton UFC, tinju berbanding bola sepak
“Saya telah lama menonton bola sepak dan saya tidak pernah bosan menontonnya.
“Kalau tonton UFC, kadang-kala saya jadi bosan juga. Dulu saya tonton semua pertarungan (UFC) tetapi sekarang tidak,” katanya seperti dipetik dalam temu bual dengan UFC Rusia.
Khabib juga merupakan antara peminat setia kelab La Liga, Real Madrid selain turut meminati beberapa kelab lain seperti Galatasaray dan Anzhi Makhachkala.
“Saya tahu semua pasukan dan kelab bola sepak, saya boleh ingat siapa yang menang Piala UEFA, Liga Juara-Juara, Kejuaraan Eropah.
"Piala Dunia FIFA, posisi mana yang dia ambil, siapa namanya, semua gol - saya tahu semuanya."
Dedah Khabib, semasa kecil, dia pernah mempunyai impian untuk menjadi pemain bola sepak dan selalu menonton perlawanan bola sepak.
“Bagi saya, bola sepak adalah sukan nombor satu. Bola sepak lebih baik (daripada MMA), anda tak perlu belasah orang. Anda hanya perlu turun ke padang dan tunjukkan bakat kepada semua orang secara profesional.
"Sudah tentu, agak sukar tetapi saya lebih menyukainya, lebih daripada UFC, lebih daripada MMA,” katanya.
Selain itu, Khabib turut mempunyai kenalan baik dalam kalangan bintang bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Zlatan Ibrahimovic.
Dalam aksi UFC 254 pada Oktober tahun lalu, Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Gaethje dari Amerika Syarikat.
Acara yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu menyaksikan Khabib menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.
BACA: UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan
BACA: Janji kepada ibu, ketiadaan ayah di sisi... antara sebab Khabib bersara
BACA: Alhamdulillah... Khabib kini sah petarung 'pound-for-pound' nombor satu UFC
Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib dengan 29 kemenangan tanpa kalah (29-0).
Khabib juga mengambil alih tempat pertama dalam ranking ‘pound-for-pound’ UFC, menggantikan petarung Amerika Syarikat, Jon Jones yang kini di tempat kedua.
Bagaimanapun, sejurus selepas perlawanan Khabib mengejutkan peminat dengan mengumumkan persaraannya dari sukan MMA.
Haider Yutim
Mon Jan 25 2021
Khabib pernah mengakui dia lebih sukakan bola sepak berbanding MMA. - Foto Instagram/@khabib_nurmagomedov
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
Mendarat di Dagestan, pesawat dari Israel diserbu, dikepung penduduk
Sebuah video tular memaparkan orang ramai membanjiri lapangan terbang di Makhachkala dan memburu penumpang yang baru tiba dari Tel Aviv.
Khabib enggan latih Elon Musk
Bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilapor enggan melayan permintaan pengasas Tesla, Elon Musk yang mahu atlet seni bela diri campuran (MMA) itu melatihnya.
Sepupu Khabib, Usman Nurmagomedov juara dunia lightweight Bellator MMA
Usman Nurmagomedov meraih gelaran juara lightweight dunia selepas menewaskan Patricky 'Pitbull' Freire menerusi keputusan sebulat suara.
Islam Makhachev juara baharu lightweight UFC
Islam Makhachev melakar kemenangan bergaya ke atas Charles Oliveira untuk meraih kejuaraan lightweight UFC pada Ahad.
"Khabar angin itu benar" - Hasbulla sahkan bakal bertarung dalam UFC
UFC ketika ini tidak mempunyai kelas berat 40 paun, justeru ramai yang mempersoalkan bentuk pertarungan yang dimaksudkan Hasbulla.
UFC 274: Gagal capai berat, Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight
Charles Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight miliknya selepas gagal mencapai berat untuk acara utama menentang Justin Gaethje di UFC 274, esok.
Nama Khabib bakal terlakar dalam UFC Hall of Fame
Bintang sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov bakal tersenarai dalam UFC Hall of Fame 2022.
UFC 272: Umar Nurmagomedov kekalkan rekod tanpa kalah 14 - 0
Umar Nurmagomedov mengekalkan rekod tanpa kalahnya selepas menewaskan Brian Kelleher dari Amerika Syarikat dalam aksi featherweight di UFC 272, pada Ahad.
UFC 267: Berlangsung di Abu Dhabi, UFC ketengahkan petarung Muslim
Mendahului para petarung Muslim pada acara kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah Islam Makhachev yang berasal dari Dagestan, Russia.
Saya dapat tahu Ronaldo akan kembali ke United sejak sebulan lalu - Khabib
Khabib Nurmagomedov mendakwa telah mengetahui tentang penyertaan semula Cristiano Ronaldo ke Manchester United sejak sebulan lalu.