awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya maafkan dia..." - Bapa terima ketentuan anak ditikam adik sendiri

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
28/01/2020
10:26 MYT
"Saya maafkan dia..." - Bapa terima ketentuan anak ditikam adik sendiri
Mohd Taquiddin tertanya-tanya mengapa adiknya tergamak membunuh anak saudara sendiri. - Gambar Astro AWANI
Sekalipun kehilangan anaknya, Nur Hafiya Aufa yang maut ditikam saudara kandungnya sendiri, Mohd Taquiddin Ramli, 33, berjiwa besar memaafkan adiknya itu.
Kata Mohd Taquiddin, dia sendiri secara peribadi tertanya-tanya mengapa adiknya tergamak membunuh anak saudara sendiri.
Bagaimanapun, Mohd Taquiddin menyerahkan tindakan seterusnya ke atas adiknya kepada pihak berkuasa.
"Maafkan itu memang saya maafkan tapi polis akan buat siasatan lanjut kejadian... kenapa dia boleh buat macam itu.
"Memang saya tertanya-tanya apa motif utama dia buat macam itu (apa pun) dia tetap adik saya," kata Mohd Taquiddin kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Kemaman pada Selasa.
Tinggal kenangan.... Mohd Taquiddin bersama anak bongsunya, Nur Hafiya Aufa.
Tinggal kenangan.... Mohd Taquiddin bersama anak bongsunya, Nur Hafiya Aufa.
BACA: Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut ditikam di dada oleh bapa saudara
Pada Isnin, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang di Felda Cerul 2 Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata mangsa telah ditikam di bahagian dada oleh suspek yang berusia 26 tahun.
Menurutnya mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh untuk mendapatkan rawatan.
Hasil siasatan polis mendapati mangsa ditikam dengan menggunakan pisau pemotong sayur di bahagian dada.
Sementara itu, Mohd Taquiddin berkongsi cerita kali terakhir dia bertemu dengan anak bongsunya itu pada Ahad lalu ketika Nur Hafiya melawatnya di rumahnya di Johor.
Ketika itu, Allahyarham Nur Hafiya tidak henti-henti menunujukkan keletah manjanya.
"Nur Hafiya ada memberitahu datuknya yang dia rindu sangat dengan saya,' kata Mohd Taquiddin bercerita.
Menurut Mohd Taquiddin, dia tidak pernah terfikir itu merupakan pertemuan terakhir dan petanda anaknya akan meninggalkannya buat selama-lamanya.
"Kali terakhir jumpa nampak macam dia tunjuk kasih sayang. Malam terakhir dia usap-usap kepala, amin janggut saya.
"Rasa macam tak tahu nak cakap, tapi mungkin dia tahu dia nak pergi (meninggal dunia). Kita manusia biasa tak tahu dia nak luahkan apa yang dia rasa, dia banyak ketawa, banyak bergurau," kata Mohd Taquiddin lagi.
Mohd Taquiddin kehilangan isterinya yang meninggal dunia dalam kemalangan pada tahun lalu, berkata, dia reda dengan pemergian Nur Hafiya sekalipun kesedihan masih belum terubat.
Topic Berkaitan
#ditikam di dada
#kanak-kanak perempuan
#Kemaman
#maut ditikam bapa saudara
#Mohd Taquiddin Ramli
#Nur Hafiya Aufa
#pisau pemotong sayur
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan