KUALA LUMPUR: Seberat mana sekalipun beban penderitaan dan kesedihan yang ditanggung, namun, sebagai manusia waras dan berjiwa besar, Zulkarnain Idros memilih menghulur salam perdamaian buat mereka yang telah menyebabkan kematian anaknya, Zulfarhan Osman.
Jauh di sudut hatinya, Zulkarnain, 57, sudah memaafkan kesemua tertuduh yang juga rakan sepengajian anaknya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
"Secara jujurnya, saya maafkan tertuduh yang buat anak saya. Bila saya maafkan, mungkin ada kelegaan di hati," itu suara hati Zulkarnain yang dikongsi dengan wartawan dalam sidang media di pekarangan kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada awalnya, Zulkarnain mengakui berat untuk menjawab soalan tersebut namun selepas empat tahun, akhirnya kemaafan 'menjentik' hatinya.
Begitupun, dia tetap melahirkan rasa terkilan kerana dakwanya, hanya satu keluarga tertuduh datang bertemunya dan memohon maaf.
"Keluarga tertuduh, mereka tidak datang jumpa saya, tak minta maaf dengan saya kecuali satu keluarga yang datang jumpa saya minta maaf.
"Seolah-olah anak saya pula yang bersalah. Janganlah begitu, janganlah memutuskan silaturrahim," katanya.
Dalam masa sama, Zulkarnain juga menitipkan pesanan kepada orang awam supaya tidak menjadi pembuli.
"Saya pesan kepada masyarakat di luar sana, jangan jadi pembuli.
"Contohnya seperti saya, kalau buli membahayakan masyarakat menghilangkan nyawa, kesannya kepada kedua ibu bapa... saya kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga," luahnya.
Allahyarham Zulfarhan Osman yang menuntut di UPNM maut dalam insiden menyayat hati empat tahun lepas.
BACA: Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut UPNM yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Allahyarham Zulfarhan Osman yang juga Pegawai Kadet Laut UPNM.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.
Enam tertuduh tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Menurut Azman, hukuman tersebut berjalan bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 1 Jun 2017.
Sementara itu, lima daripada enam tertuduh (kecuali Mohamad Shobirin) dan 12 lagi tertuduh dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana didapati bersalah mencederakan Allahyarham.
Hukuman bagi lima tertuduh terbabit bermula tarikh mereka ditangkap iaitu 1 Jun 2017, manakala hukuman bagi 12 yang lain bermula Selasa.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Ridauddin Daud
Tue Nov 02 2021
Zulkarnain Idros menghulur salam perdamaian dan memaafkan kesemua tertuduh yang juga rakan sepengajian anaknya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
'Gejala buli perlu dianggap jenayah berat' - Bapa Zulfarhan
Gejala buli perlu dianggap sebagai jenayah berat yang boleh mengundang maut dan membawa kemudaratan kepada orang lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 November 2021.
Kes kematian Zulfarhan: Pelaku umpama penjenayah yang tiada belas kasihan - Hakim
Hakim tidak dapat membayangkan kesakitan dialami mangsa yang ditekap seterika berulang kali termasuk bahagian sensitif.
"Saya maafkan tertuduh yang 'buat' anak saya" - Bapa Zulfarhan
Zulkarnain Idros hulur salam perdamaian buat mereka yang telah menyebabkan kematian anaknya, Zulfarhan Osman.
Ceritalah ASEAN - Suatu tragedi Malaysia: Kematian kadet Zulfarhan Osman
Dia seorang anak, abang, penuntut kejuruteraan elektrikal dan kadet yang bercita-cita menakhodai kapal suatu hari nanti. Semua itu hilang begitu saja kerana kekejaman penderaan.