"Selepas saya bangun, saya duduk sekejap. Ibu (mangsa) ke dapur dan ketika itu saya dengar bunyi runtuhan kuat. Saya melihat ibu sudah dihempap konkrit dan tidak sempat menyelamatkannya,".
Demikian luahan Ramzi Mohammad Sa'at, anak lelaki kepada Hajijah Mahtar, 72 tahun yang dihempap konkrit selepas dapur rumah mereka di Kampung Wawasan Jaya, Samariang, di sini runtuh.
Jelas Ramzi, sebelum kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi, ibunya mengejutkan beliau dari tidur untuk menghantar bapa mereka ke klinik.
Katanya, sebaik sahaja bangun, Ramzi tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan segera pergi ke bahagian dapur rumah mereka dan mendapati ianya runtuh.
"Ketika itu saya melihat ibu sudah dihempap konkrit dan segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk pertolongan," katanya ketika ditemui di rumah mereka di sini.
Tambah Ramzi, ketika kejadian terdapat enam ahli keluarga mangsa berada di rumah itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Azaharul Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 pagi daripada keluarga mangsa yang memaklumkan kejadian tersebut.
Jelas beliau, operasi mengeluarkan mangsa dari timbunan sisa runtuhan segera diatur gerak dan selesai pada jam 8.35 pagi.
Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS) sejurus operasi menyelamat mangsa selesai.
“Mangsa telah disahkan meninggal pada jam 8.40 pagi dan kita masih menunggu pihak polis untuk proses selanjutnya. Mangsa juga telah dibawa ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat,” katanya.
Menurut Azaharul, struktur rumah yang agak usang dan keadaan tanah lembut dipercayai antara faktor binaan tersebut runtuh.
Rudi Affendi Khalik
Tue Apr 21 2020
Sebelum kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi, ibunya mengejutkan beliau dari tidur untuk menghantar bapa mereka ke klinik.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dua pekerja parah dihempap dinding konkrit
Lelaki berusia 42 tahun cedera pada muka selain tapak tangannya hancur, manakala rakannya yang berusia 40 tahun parah pada kaki dan pinggang.
Bukan satu lagi kejadian dihempap konkrit, tetapi dilanggar kren - Polis
Zulkefly pada masa sama menambah bahawa pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada pemandu kren tersebut setakat ini.
"Saya melihat ibu sudah dihempap konkrit, tidak sempat menyelamatkannya" - Anak
Ramzi Mohammad Sa'at, anak lelaki kepada Hajijah Mahtar, 72 tahun yang dihempap konkrit selepas dapur rumah mereka di Kampung Wawasan Jaya, Samariang, di sini runtuh.
Lelaki maut dihempap runtuhan dinding konkrit
Seorang maut dan seorang lagi cedera selepas dihempap runtuhan dinding konkrit rumah yang sedang dirobohkan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam pada petang Isnin.