“Saya letak kaki terus ular belit dan lepas itu membelit paha serta badan,” kata seorang remaja yang masih trauma apabila diserang seekor ular sawa 'gergasi' dalam kejadian di pekarangan rumahnya di Taman Mulia, Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.00 pagi, Hamirul Ali, 18 berdepan detik cemas apabila reptilia berbahaya tersebut bukan sahaja membelit tetapi turut menggigitnya.
Hamirul berkata, sewaktu kejadian dia baru pulang dari rumah abangnya yang terletak berhampiran kediaman ibu bapanya.
“Malam tadi selepas bermain futsal saya tidur di rumah abang. Tiba-tiba tengah malam saya terjaga dan terasa nak balik ke rumah. Saya hentikan motosikal di garaj di tepi rumah dan ketika nak pijak tanah, ular terus membelit.
“Saya sangka kucing rupa-rupanya ular besar. Saya terus tarik kaki tapi belitan ular semakin kuat. Saya memang geli dan gerun dengan ular tapi sebab terlalu cemas dia pegang ekor dan tahan badan ular itu daripada terus membelit,” katanya.
Menurutnya, mak dan ayahnya yang mendengar jeritannya kemudian membantu dengan memukul ular itu dan dia dibawa ke klinik berhampiran untuk dirawat.
“Saya cuba lepaskan diri tapi tak berjaya dan saya jerit sekuat hati untuk minta pertolongan mak ayah. Nasib baik mak ayah terjaga daripada tidur dan ayah terus memukul ular.
“Selepas bergelut beberapa minit ular besar itu akhirnya lepaskan belitan. Saya yang cedera sebab digigit ular dibawa ke klinik dan terima lapan jahitan. Saya dibenarkan balik ke rumah kerana tak ada kecederaan serius,” katanya.
Hamirul berkata, dia masih tidak sangka kejadian mengerikan itu boleh menimpa dirinya.
“Saya memang takut ular, yang kecil pun saya geli nak pegang, inikan pula ular besar. Sebelum ini memang sudah ada ayam dan kucing hilang dipercayai dimakan ular tapi saya tak pernah jumpa ular depan mata,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Penolong Penguasa Bomba Jaswari Awang berkata, tiga anggota bomba dikejarkan ke lokasi untuk menangkap ular sawa seberat hampir 100 kilogram itu.
“Ketika kami sampai mangsa sudah dihantar ahli keluarga ke klinik. Ular berkenaan ditangkap dalam keadaan masih hidup dan sudah dilepaskan semula ke habitatnya semula yang jauh daripada penempatan penduduk,” katanya.
Sinar Harian
Fri Nov 09 2018
Mangsa cedera di bahagian betis dan menerima lapan jahitan akibat digigit ular seberat 100kg.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Lelaki ditahan selepas keluarkan kata-kata kesat terhadap polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.
Jangan berani ambil risiko redah air banjir - Bomba
Nor Hisham berkata sikap terlalu yakin itu boleh mengundang pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Bomba selamatkan tiga sekeluarga terperangkap dalam kebakaran
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 2.58 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota dari BBP Andalas ke lokasi.
JBPM jadual cuti secara bersasar hadapi MTL
Nor Hisham berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada anggotanya di kawasan tertentu yang akan terlibat.
745 kawasan dikesan berisiko banjir di Johor, tertinggi pernah direkodkan - Bomba
Batu Pahat merupakan daerah dengan kawasan berisiko banjir paling banyak iaitu 186 kawasan.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.