awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya sedia beri keterangan" - Anwar ikrar bantu siasatan dakwaan mencabul

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2019
07:20 MYT
"Saya sedia beri keterangan" - Anwar ikrar bantu siasatan dakwaan mencabul
Anwar tegaskan, sedia memberi kerjasama dengan polis dalam membantu siasatan dakwaan mencabul terbaharu padanya. - Gambar fail
Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada polis yang telah mengambil pendekatan proaktif dalam menyiasat dakwaan mencabul bekas kakitangannya, Muhammed Yusoff Rawther.
Menurut Presiden PKR itu, beliau juga sedia untuk membantu pihak polis dalam siasatan kes berkenaan.
"Merujuk kepada dakwaan fitnah terbaharu terhadap saya, saya berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menyegerakan siasatan mereka.
"Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam kenyataan media pada Rabu.
BACA: Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman BACA: 'Yusoff bukan kanak-kanak, keterangan diberi demi keadilan terhadap dirinya' - Peguam BACA: Dakwaan cabul: Anwar, beberapa saksi lain akan dipanggil - Polis
Anwar, 72, kini berhadapan dengan dakwaan seksual terbaharu yang dibuat oleh Muhammed Yusoff yang juga bekas pegawai penyelidik pemimpin itu.
Muhammed Yusoff telah membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul oleh Anwar pada 2 Oktober tahun lepas.
Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan itu kerana pada tarikh yang didakwa Muhammed Yusoff itu beliau sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Dalam masa sama, polis berkata, akan memanggil Anwar dan beberapa saksi lain untuk memberi keterangan berhubung dakwaan seorang lelaki yang mengaku dirinya dicabul Presiden PKR itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua mereka akan dipanggil setelah mendapat tarikh yang sesuai.
"Percakapan Anwar Ibrahim serta beberapa saksi lain yang berkaitan akan diambil setelah mendapat tarikh janji temu yang sesuai.
“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara berserta beberapa cadangan berdasarkan dapatan hasil siasatan,” kata beliau dalam kenyataan media.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#dakwaan mencabul
#muhammed yusoff rawther
#Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan