Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan mengungkit "peristiwa" lama yang pernah berlaku di dalam UMNO kerana berpegang teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama dan disebabkan perasaan sayangkan parti.
Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu berkata, disebabkan sayang dan kasih kepada parti, beliau tidak akan berbuat perkara sedemikian yang pada akhirnya tidak akan memberi sebarang faedah kepada parti.
"Dalam sejarah UMNO banyak peristiwanya, tetapi saya tidak akan ceritakannya pasal saya berpegang kepada prinsip 'collective responsibility' (tanggungjawab bersama). Ini tanggungjawab kita semua, takkan saya hendak menceritakan kerugian-kerugian dulu, kesalahan dulu.
"...ia diibaratkan 'tepuk dulang dan merecik ke muka kepala sendiri'. Saya tidak akan 'meludah ke langit' yang akan jatuh ke muka sendiri kerana saya kasih dan sayang kepada parti UMNO," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di sini, hari ini.
Menurut Perdana Menteri, apa yang beliau lakukan dan amalkan ketika ini sebagai Presiden UMNO tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin parti sebelum ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Apa yang saya buat ini pun tidak berbeza dengan amalan-amalan dahulu," katanya dan menambah beliau sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan UMNO terus berkhidmat kepada rakyat.
Di dalam usaha mencari dana bagi UMNO, Najib berkata prinsip-prinsip penting yang perlu dipatuhi seperti 'jangan mencuri duit orang, tidak menyalahi undang-undang dan dana itu tidak digunakan untuk membeli undi'.
Beliau berkata Dr Mahathir juga mengakui parti politik memerlukan duit.
"Ini (dana politik) diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir sendiri di dalam buku Transparency International, di mana dia (Tun Dr Mahathir) sebut ' every political party needs money' (setiap parti politik memerlukan duit)," katanya.
Perdana Menteri juga berkata, beliau juga mempunyai prinsip menyokong ketua, sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO kepada Abdullah.
Katanya semasa menjadi timbalan kepada Abdullah, beliau tidak pernah menyoal Presiden UMNO itu tentang dana yang diperolehinya untuk perjalanan UMNO
"Waktu saya jadi timbalan, saya tidak soal Pak Lah (Abdullah) daripada mana dapat dana, saya tidak soal. Saya tanya pada Pak Lah, You (Pak Lah) tanya tak pada Tun Mahathir (ketika Abdullah menjadi timbalan kepada Dr Mahathir) dan dia kata tidak.
"Asalkan dua perkara, jangan curi duit orang dan menyalahi undang-undang, yang lain itu terpulanglah kepada presiden parti," katanya.
Najib berkata, beliau boleh memberi penerangan secara terperinci tentang isu dana parti kepada anggota UMNO tetapi ia mestilah dilakukan secara tertutup.
Tindakan membincangkan isu berkenaan dana parti secara terbuka dibimbangi akan hanya merosakkan UMNO, malah parti pembangkang juga tidak mendedahkan sumber dana parti mereka, katanya.
"Cukuplah, jangan "korek kapal", kita semua dalam satu pasukan. Jikalau kita kasih dan sayang parti, aman parti," kata Najib dan menurutnya pengorbanan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah adalah contoh kesetiaan dan kasihnya kepada parti.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Bernama
Sun Aug 23 2015
NAJIB: Saya tidak akan 'meludah ke langit' yang akan jatuh ke muka sendiri kerana saya kasih dan sayang kepada parti UMNO.
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
Titah adendum: Anak Najib persoal mengapa perlu sembunyi kebenaran
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mempersoal mengapa perlu menyembunyikan kebenaran berkaitan titah adendum.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.