PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas apa sahaja yang dilakukan dan tidak sama sekali akan menjual negara.

Dalam kenyataan yang dimuat naik ke akaun Facebook rasminya malam semalam, Najib memberitahu bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah untuk parti UMNO dan rakyat Malaysia.

Beliau juga menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjelaskan bahawa dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan penderma dan bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.
Saya bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukan. Saya tidak akan jual negara.


Malah, dana itu juga disahkan bukan berupa rasuah.

“SPRM sudah kata bahawa dana RM2.6bil itu bukan rasuah dan bukan duit 1MDB.

“Setiap dana yang diterima hanyalah untuk kepentingan parti dan rakyat.”

xx
Gambar diperoleh dari Facebook Najib Razak

Perdana Menteri Malaysia itu turut berikrar untuk mencari kepastian akan apa yang terjadi kepada pesawat malang MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak tahun lepas ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

“Saya memberi jaminan Malaysia tetap komited melakukan yang terdaya mencari kepastian apa terjadi kepada MH370,” tambah Najib.

vv
Gambar diperoleh dari Facebook Najib Razak