Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterimanya daripada sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anak Malaysia Anti Demokrasi'.
Khalid dalam kenyataan hari ini berkata ugutan itu langsung tidak menakutkan beliau sebagai Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan menyifatkan ugutan seperti itu merupakan lumrah seorang pegawai polis yang menjalankan tugas.
"Ekoran daripada beberapa klip video yang tersiar dalam laman sosial yang memperkenalkan mereka sebagai kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi baru-baru ini, saya menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berkenaan serta ingin memberikan satu gambaran yang buruk terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini.
Ini menunjukkan bahawa kumpulan tersebut tidak mengenal erti sebenarnya sistem demokratik yang telah sekian lama diamalkan di negara ini dan mengugut untuk membunuh saya," katanya.
Dua hari lepas, video berdurasi 1 minit 27 saat menjadi viral di laman sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dan meletupkan keretanya.
Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi di mana seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.
Mengulas lanjut, Khalid berkata apa yang membimbangkan adalah terdapat segelintir masyarakat tidak menggunakan saluran demokrasi yang sedia ada di negara ini dan sering melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dalam menuntut sebarang perubahan.
"Saya yakin masyarakat Malaysia tidak mahu melihat negara ini menjadi huru hara akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Khalid turut berkata mana-mana pihak yang mempunyai sebarang niat jahat sedemikian supaya menghentikannya dengan serta-merta kerana ia berupaya membawa implikasi keselamatan yang amat serius dan akan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama di negara ini.
Katanya aktiviti dan identiti kumpulan berkenaan sedang dikesan pihak polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada ke atas sesiapa sahaja yang mengganggu-gugat keamanan yang kita kecapi selama ini," katanya.
Bernama
Wed Feb 25 2015
![Saya tidak gentar dengan ugutan bunuh - Khalid Saya tidak gentar dengan ugutan bunuh - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/61370218814_295x200.jpg)
KHALID: Saya tidak gentar dengan ugutan bunuh - Gambar fail
![Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718507756_afghanistandaging.jpg)
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
![Aliran trafik terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan Aliran trafik terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718507567_AliranTrafik.jpg)
Aliran trafik terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.
Kekejaman zionis: Jeti terapung di Gaza dialihkan akibat cuaca buruk
Tentera Amerika Syarikat sedang bersiap sedia untuk mengalihkan sementara jeti kemanusiaannya di luar pantai Gaza kerana keadaan laut yang dijangkakan.
Mabit di Muzdalifah, perkara wajib dilaksanakan semasa haji
Selepas wukuf, jemaah haji Malaysia meneruskan manasik haji dengan mabit di Muzdalifah, mengutip batu untuk melontar di Jamratul Kubra pada 10 Zulhijjah. Mabit di Muzdalifah ialah perkara wajib dilaksanakan dalam ibadah haji.
TPM Zahid ucap Selamat Hari Bapa kepada semua bapa
Sempena Hari Bapa, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut pada Ahad kepada semua insan yang bergelar bapa.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau antara lain turut berkata bapanya, Haji Raden Hamidi adalah insan yang memberi impak besar dalam hidup beliau.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau antara lain turut berkata bapanya, Haji Raden Hamidi adalah insan yang memberi impak besar dalam hidup beliau.
![Malaysia masih dalam hati - Misbun Malaysia masih dalam hati - Misbun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692529104_MisbunSidek.jpg)
Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718505662_HariBapa.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut hari ini.
![Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninggal dunia Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718505076_makmenteripendidik.jpg)
Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninggal dunia
Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi di Hospital Serdang.
![Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718503828_TRAGEDIAIDILADHA.jpg)
Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.
![85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan 85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718504299_gelandangan.jpg)
85 gelandangan di sekitar ibu negara diselamatkan
Operasi itu memberi peluang kehidupan lebih baik kepada gelandangan di samping memastikan imej Kuala Lumpur bersih dan sejahtera.
![Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717632291_rogolugut.jpg)
Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi
Lebih menyayat hati apabila bayi itu dibuang kerana remaja terbabit tidak pandai menguruskannya.
![Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713498777_Bbunuhbabyjpg.jpg)
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
![Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713345434_peniagawarungjpg.jpg)
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
![Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712969716_NicolasMcGee.jpg)
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
![Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712202958_wargaMyanmarjpg.jpg)
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
![Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709881001_Duabersaudara.jpg)
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
![Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709695040_TBLelakiwargaema.jpg)
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Berebut harta, suami isteri mati dibunuh Berebut harta, suami isteri mati dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709648857_Berebuthartasuami.jpg)
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
![Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707884663_rakansekerja.jpg)
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
![21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar 21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707281738_TBpegawaikanan.jpg)
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).