KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak memusnahkan salinan asal Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Ambrin Buang pada 2017 kerana ia mengandungi maklumat dan bukti yang material mengenai syarikat pelaburan strategik itu.
Madinah, 65, berkata, beliau membuat keputusan itu selepas dimaklumkan tentang salinan asal laporan itu dalam satu taklimat bersama Pasukan Khas Audit (PKA) 1MDB pada 16 Mac 2017.
"Timbalan Pengarah Audit, Datuk Nor Salwani Muhammad memaklumkan terdapat dua versi Laporan Pengauditan 1MDB dan telah menyerahkan satu-satunya versi asal laporan yang masih ada dalam simpanan beliau.
"Nor Salwani berkata, tujuannya menyimpan salinan asal itu bagi mendapatkan arahan Ketua Audit Negara yang baharu (iaitu saya) sama ada ia perlu dimusnahkan atau tidak," kata Madinah ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata, Nor Salwani turut memberitahunya bahawa Laporan Pengauditan 1MDB telah dicetak dua kali pada awal 2016 dan sekali lagi pada 2 Mac tahun sama.
"Laporan yang dicetak pada awal 2016 merupakan laporan muktamad untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 24 Feb 2016.
"Bagaimanapun, isi kandungan laporan ini telah diubah dengan menggugurkan beberapa perenggan di dalamnya melalui mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 24 Feb 2016. Nor Salwani juga memberitahu saya tarikh awal pembentangan kepada PAC telah diubah kepada 4 Mac 2016," katanya.
Madinah berkata, beliau turut dimaklumkan tentang dua perenggan yang digugurkan daripada salinan asal laporan pengauditan itu adalah perbezaan maklumat dalam penyata kewangan 1MDB dan minit mesyuarat mengenai kehadiran ahli perniagaan, Low Taek Jho (Jho Low) pada Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB pada 26 Sept 2009.
"Pada ketika itu, Laporan Pengauditan 1MDB telah diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan oleh sebab itu, saya tidak dapat mendedahkan kewujudan dua versi itu kepada mana-mana pihak.
"Bagaimanapun, pada 15 Mei 2018 saya telah mengklasifikasikan semula laporan tersebut sebagai dokumen terbuka berikutan kenyataan media Perdana Menteri yang mengarahkan ia diklasifikasikan sebagai dokumen terbuka," katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri ketika itu selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.
Madinah berkata, Nor Salwani turut memaklumkan PKA telah dijemput oleh Majlis Penasihat Kerajaan untuk membuat pembentangan pada 31 Mei 2018.
"Saya kemudian mengarahkan satu salinan asal Laporan Pengauditan 1MDB diserahkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos 2018.
"Selepas pendedahan saya mengenai wujudnya dua versi Laporan Pengauditan 1MDB pada 30 Ogos 2018, saya telah diarahkan Jabatan Perdana Menteri untuk membentangkan perkara sama dalam mesyuarat Kabinet pada 23 Nov 2018," katanya.
Menurut saksi itu, sejurus mesyuarat tersebut, Kabinet telah mengarahkan beliau mengeluarkan kenyataan media selaku Ketua Audit Negara mengenai beberapa perenggan di dalam Laporan Pengauditan 1MDB telah diarahkan untuk digugurkan dan dipinda.
"Kenyataan media itu telah pun dikeluarkan pada 24 Nov 2018," kata Madinah.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu 'sekali lagi dimuktamadkan' dan dibentang di hadapan PAC bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau.
Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016
Mereka didakwa di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021

Tan Sri Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak memusnahkan salinan asal Laporan Pengauditan 1MDB kerana ia mengandungi maklumat dan bukti yang material mengenai syarikat pelaburan strategik itu. - Gambar BERNAMA

Kucing selebriti dengan lebih 30,000 pengikut mati diracun
Yogi dipercayai diracun dengan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
![AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967224/23621876161652701216313_640x360.jpg)
AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar: 1. Dua beradik lemas ketika mandi di Sungai Rayu, Matang 2. LKIM salur RM2.3 juta bagi bantu nelayan di Beluran 3. Laporan khas Hari Guru, kisah pengorbanan guru pedalaman #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Kemuncak Lebaran | Dentuman meriam gergasi karbit halau pontianak
Di Kampung Melayu, Kota Pontianak, sambutan lebaran di sana mencapai kemuncak pada hari ketujuh dengan acara tembakan meriam gergasi karbit dan acara hiburan Halal Bihalal.

Komoditi | Produk lada Sarawak tembusi pasaran Kanada
Peluang memasarkan produk komoditi dari Sarawak ke pasaran antarabangsa tidak disia-siakan pengasas produk Lada Hitam Nang Ori. Menerusi pameran Halal Expo 2022 di Toronto, Kanada baru-baru ini. Awaeng Kwasin bijak menggunakan platform berkenaan bagi mempromosikan produk ladanya sebagai langkah pertama menembusi pasaran di sana.

Hari Guru 2022 | ISKUL pastikan anak tanpa negara terima pendidikan
Kanak-kanak tanpa warganegara atau 'stateless' memerlukan akses pendidikan yang sewajarnya. Tidak mahu golongan ini terus tercicir, Yayasan Hasanah sebuah Yayasan Khazanah Nasional menganjurkan Program Pendidikan Alternatif Iskul Sama Dilaut (ISKUL) di Pulau Omadal, Semporna.

Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.

Elaun Sara Hidup | LKIM salur RM2.3 juta untuk bantu nelayan Beluran
RM2.3 juta dana bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) disalurkan bagi membantu nelayan di Beluran. Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusuf Othman, elaun RM300 akan disalurkan secara bulanan kepada 716 nelayan di daerah berkenaan.

Lemas | Dua beradik hilang ketika mandi sungai
Aktiviti riadah 14 sekeluarga bertukar tragedi apabila dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Sungai Rayu, Matang, pada Isnin. Insiden berlaku sekitar jam 3 petang, ketika orang ramai sedang beriadah sempena cuti Wesak.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.

Debat Perdana: Orang Melayu perlu sanggah cadangan Najib selamatkan Sapura Energy
Mukhriz juga berpandangan kenyataan Najib mengenai pertumbuhan 'kek ekonomi' harus disanggah oleh keseluruhan masyarakat Melayu.

'Saya dilantik oleh BOD 1MDB, bukan Jho Low' - Bekas setiausaha syarikat 1MDB
Lim Poh Seng, 51, berkata pelantikannya bukan dibuat oleh mana-mana individu tetapi secara kolektif oleh BOD.

Saya bukan ibu saudara Jho Low, kata bekas setiausaha syarikat 1MDB
Goh yang merupakan setiausaha syarikat 1MDB dari 31 Mac 2011 hingga 1 April 2016 menafikan dakwaan beliau mempunyai hubungan dengan Jho Low.

1MDB mahu dapat semula US$2.3 bilion yang dilaburkan di Bridge Global - Saksi
Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat pada 11 Nov 2013, kata bekas Setiausaha syarikat 1MDB, Goh Gaik Kim.

Pengurusan 1MDB mesyuarat di London bincang dana tambahan RM1 bilion - Saksi
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB diadakan di London pada 16 Mei 2011 bagi membincangkan mengenai perjanjian pelaburan tambahan RM1 bilion.

Arahan Najib supaya tandatangan penyata kewangan 1MDB satu bentuk ugutan - Saksi
Johan Idris sifatkan arahan Najib Razak kepada firma audit itu sebagai satu bentuk ugutan.

Ada yang tak kena, Najib biasanya balas SMS saya, kata bekas pengerusi 1MDB
Mohd Bakke berkata perkara itu menjadi antara sebab utama beliau memutuskan untuk meletak jawatan pengerusi serta ahli lembaga pengarah (BOD) 1MBD pada 2009.

Najib, keluarga cuti di atas kapal layar atas jemputan putera raja - Saksi
Setiap maklumat berkaitan destinasi percutian itu dimaklumkan kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Sering lihat 'kelibat' Jho Low di pejabat Najib - Saksi
Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi seringkali melihat 'kelibat' Jho Low, di pejabat timbalan perdana menteri dan Kementerian Pertahanan.

Najib tidak pernah beri tekanan kepada KPMG tandatangan penyata kewangan 1MDB 2013 - Muhammad Shafee
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan bahawa Najib tidak pernah memberi tekanan kepada KPMG Malaysia untuk menandatangani penyata kewangan 1MDB.