awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh

Sinar Harian
Sinar Harian
10/09/2024
22:40 MYT
Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh
Muhamad Akmal Saleh. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak gentar dengan kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang mahu menyaman beliau.
Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.
“Dia keluarkan satu kenyataan bahawa dia nak bawa saya ke mahkamah, mempertimbangkan nak saman saya di mahkamah.
“Saya nak beritahu kepada Teresa Kok... Bawa ke mari. Saya tidak takut, tidak menyerah. Kita jumpa di mahkamah,” katanya dalam satu hantaran video berdurasi 30 saat di media sosial semalam.
Terdahulu, Teresa Kok menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda UMNO itu.
Ia berikutan kenyataan Muhamad Akmal yang mahu menampal logo tidak halal pada dahi Ahli Parlimen daripada DAP tersebut.
Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.
Katanya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.
Menerusi satu hantaran video di Tik Tok sebelum ini, Muhammad Akmal melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sijil halal
#Teresa Kok
#Muhamad Akmal Saleh
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan