Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yakin derma dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah habis dibelanjakan untuk kelancaran perjalanan parti.
Mohd Khusairi berkata, angka itu juga terlalu kecil jika dibandingkan dengan komitmen Najib untuk menguruskan pelbagai aspek pemerintahan.
"Saya yakin bahawa derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Najib itu telah habis dibelanjakan.
"Selaku pengerusi sebuah parti komponen yang memerintah kerajaan, komitmen Najib begitu besar untuk pastikan BN dapat bergerak secara licin dan lancar termasuk semasa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
"Malahan wang derma itu bukan semata-mata untuk tujuan PRU sahaja. Banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang dipikul Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO termasuk dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memerlukan tindakan langsung daripadanya," katanya ketika dihubungi Astro Awani hari ini.
Mohd Khusairi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Najib memberi penjelasan segera terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma dana politik RM2.6 bilion.
Kata Muhyiddin, kini terserah kepada Najib untuk menjawab pelbagai persoalan kerana bimbang kesannya terhadap kerajaan pada PRU akan datang.
Jelas Mohd. Khusairi, rakyat sendiri boleh melihat pelbagai program CSR yang dilakukan dan dibiayai Najib secara sedar atau sebaliknya.
"Contohnya program menghantar jemaah haji yang mana peruntukannya sudah tentu memerlukan dana yang besar.
"Tetapi sejak beberapa tahun lalu, Najib sudah laksanakan program ini dengan begitu berjaya.
"Kita tanya di peringkat Parlimen, ramai kalangan tokoh agama dihantar menunaikan haji secara percuma di bawah program Najib. Itu sebagai salah satu program CSR," ujarnya.
Dalam pada itu tegasnya, isu kewangan seharusnya tidak perlu dibincangkan secara terbuka di ruang umum.
"Ia tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka. Muhyiddin boleh bertanyakan hal itu secara tertutup dengan Najib. Tidak perlu dihebahkan secara terbuka termasuk di hadapan ahli-ahli UMNO dalam perjumpaan.
"Dari segi adat juga, tidak sewajarnya seorang pemimpin bawahan bertanyakan hal-hal kewangan kepada seorang ketua. Kalau kita tengok sebelum ini, presiden parti mempunyai dana tersendiri.
"Kita di dalam UMNO tidak pernah tanya atau pertikaikan sumber dana politik yang diperoleh presiden sebelum ini. Begitu juga pembangkang yang tidak pernah persoalkan sumber dana pemimpin mereka," katanya.
Wan Syamsul Amly, Israr Khalid
Sat Aug 15 2015
MOHD. KHUSAIRI: 'RM2.6 bilion dibelanjakan sepenuhnya untuk UMNO' - Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.